Rabu, 21 Julai 2010

NOTIS PENAMATAN KEAHLIAN (SURAT DARI N.Z NEW IMAGE S.B.)

Ok di sini saya ingin maklumkan pada semua pengedar di dalam kumpulan saya (sebagai ingatan agar tidak ada perkara berbangkit pada masa akan datang yer..)

Saya `copy` semula isi kandungan surat dari pihak HQ(NEW IMAGE) :-

NOTIS PENAMATAN KEAHLIAN

Kami sedang menjalankan rutin tahunan untuk mengenalpasti aktiviti ahli kami. Anda harus aktif dari tempoh Julai 2009 hingga Jun 2010. Sekiranya anda gagal aktif dalam tempoh itu, keahlian anda akan ditamatkan dan anda akan kehilangan semua manfaat dan keistimewaan keahlian anda. New Image menghargai keahlian anda dan kami ingin melanjutkan tempoh masa sehingga 23 Julai 2010 kepada anda untuk mengaktifkan semula keahlian anda. Selepas tarikh ini, semua data ahli dalam sistem akan dikemaskini. Jika anda gagal reaktif dalam waktu yang ditetapkan, keahlian anda akan dihentikan tanpa sebarang notis. Sila ambil tindakan dan menyerahkan jualan anda dalam jangka masa yang ditetapkan untuk terus menikmati komisen dan faedah lain.

TERIMA KASIH.

Ahad, 18 Julai 2010

PENCURI DIKEHENDAKI POLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Harap para pembaca blog saya tidak terkejut dengan tajuk di atas yer....
Mesti anda semua pelik kan macam mana blog alpha lipid boleh berkait dengan pencuri pulak...hehe....

Sebenarnya saya sekadar ingin membantu seorang saudara kita yang rumahnya telah dipecah masuk oleh 2 orang pencuri tersebut. Iyalah hanya ini yang mampu saya tolong.

Ini kenyataan dari tuan rumah tersebut:-

kat bawah ni footage pencuri yg pecah masuk rumah aku kat Pandan Mewah hari rabu 14/7/2010 between 8pm-8:20 pm..
kalau ada sesaper yg stay area ampang/pandan mewah/pandan indah/tmn putra yg cam atau kenal salah seorang dari mereka ni.. tolong contact balai polis pandan indah 03-9274 2514 tq ya.






lagi kenyataan tuan rumah:-
Tadi aku view CCTV dgn management office.. Ada lagi footage 2 malaun neh yang lain.. Sebelum dan selepas kejadian.. Mcm mana aku tau ini keje dorang? Ada footage yg budak belakang tu naik tangga ke floor aku tangan kosong, turun dgn helmet itam aku, dgn backpack aku.. Apa ada dlm backpack tu? Barang2 kemas bini aku, 3 laptop,jam aku dgn satu set kunci umah.. Est 20K kerugian..


Bagi yang pernah melihat 2 lelaki di dalam gambar tersebut( wanita cina dlm gambar tu tiada kena mengena dengan kes kecurian ini ya), minta tolong anda dapat segera telefon balai polis pandan indah 03-9274 2514. Semoga dengan maklumat yang anda berikan dapat menolong saudara kita yang telah alami kerugian akibat kes kecurian tersebut.

Ok harap dengan memasukkan dlm blog ALPHA LIPID saya ni sedikit sebanyak dapat membantu pencuri ni dikesan dan ditangkap segera. Dan dapat juga anda semua berhati-hati dengan pencuri tersebut.

Sekian dari saya, Terima kasih.

Sabtu, 12 Jun 2010

CUACA YANG TAK MENENTU DAN PENCEMARAN UDARA AKIBATKAN MUDAH MENDAPAT PENYAKIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya sudah lama saya tak mengemaskinikan blog alpha lipid saya ni...
Tapi tak updated blog tak bermaksud saya dah tak buat alpha lipid ya...

Saya masih lagi aktif menjual produk alpha lipid, cuma tak sempat nak updated blog ni sahaja...maklumlah sibuk dengan urusan harian dan bisnes alpha lipid dan lain-lain bisnes juga....

Ok berbalik kepada tajuk di atas, pada masa sekarang ni cuaca yang tak menentu serta pencemaran udara yang disebabkan oleh pelbagai faktor sebenarnya tanpa kita sedari boleh membawa dan mengakibatkan tubuh kita dijangkiti penyakit.

Jadi kita janganlah memandang remeh perkara ni, walaupun kita sihat dari mata yang kasar janganlah kita lalai untuk mengamalkan produk kesihatan bagi membantu kuatkan antibodi dalam tubuh kita .

AMALKAN SEBARANG PRODUK KESIHATAN YANG ANDA YAKINI, CONTOHNYA SUSU ALPHA LIPID SEMESTINYA PERLU ADA DI SETIAP RUMAH....

JOM ORDER DAN DAFTAR SEBAGAI AHLI ALPHA LIPID SEKARANG
CALL :
SAUPI: 012-3662351
ALIN:012-9762351

ATAU PENGEDAR-PENGEDAR SEPERTI DIBAWAH YANG TEDEKAT DENGAN ANDA..

Ahad, 2 Mei 2010

KULIT BABY CERAH,LEMBUT,GEBU DAN BERSIH DENGAN ALPHA LIPID

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Buat para Ibu dan Bapa yang inginkan Baby anda memiliki kulit yang cerah,lembut,gebu,bersih dan semestinya sihat dengan adanya antibodi yang kuat jangan berlengah lagi...mulakan dengan amalkan minum susu alpha lipid.

Khasnya buat ibu mengandung,memang sangat bagus amalkan susu alpha lipid ni,insyaallah kesihatan anda dan baby terjaga. Para bapa pula janganlah berkira sangat dalam hal penjagaan kesihatan untuk isteri anda yang sedang mengandung tu yer...

Sememangnya susu alpha lipid begitu bagus dan diyakini khasiatnya...
Jom tengok `BABY ALPHA LIPID` yang kini sudah pun mencecah umur 5 bulan..sape lagi anak sayalah..hehehe...





Sejak sebelum mengandung,semasa mengandung dan hingga kini saya tak pernah stop dari terus minum susu alpha lipid. Dan kini Baby Alpha lipid (Nur Irdina Zulfa) pun minum setiap pagi susu alpha lipid ni, sekejap jer sebotol susu alpha lipid habis diminumnya(maklumlah dari dalam perut lagi khasiat susu alpha lipid ni juga dikongsi oleh baby saya ni...)

Sememangnya baby saya yg no.4 ni lebih montel dan kulitnya berbeza dengan kakak-kakak dan abangnya...

Khamis, 29 April 2010

PROMOSI KEAHLIAN FREE, BELI 6 TIN SUSU ALPHA LIPID

Cepat bagi anda semua yang berminat nak jadi ahli/pengedar alpha lipid, cuma perlu beli 6 tin susu alpha lipid buat permulaan...secara automatik dah layak jadi ahli tanpa perlu membayar yuran keahlian.

Call segera pengedar-pengedar yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan susu alpha lipid ini(senarai pengedar di sebelah kiri).

Hidup kita lebih sihat dan cergas dengan susu alpha lipid.

Rabu, 14 April 2010

LAGI KES H1N1 SEBABKAN MAUT

Peguam maut
Oleh Siti Anum Che Ab Wahab (Pelatih UiTM)
am@hmetro.com.my
2010/04/14

PUTRAJAYA: Seorang peguam dari Johor Bahru lingkungan 40-an yang dikesan mula mengalami gejala influenza like-Illness (ILI) sejak 29 Mac lalu menjadi mangsa terbaru wabak Influenza A (H1N1) yang melanda negara.

Mangsa disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal, dan turut mengalami komplikasi lain termasuk kegagalan ginjal akut dan jangkitan kuman (sepsis) sebelum meninggal dunia, 12 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes itu adalah kematian pertama yang membabitkan HINI dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang. “Keadaan beliau yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan menjadi semakin tenat dan meninggal dunia semalam, disebabkan oleh pneumonia H1N1 dengan ‘Acute Respiratory Distress Syndrome’,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Wabak H1N1, di sini, semalam.

Beliau berkata, dua kematian sebelum ini yang membabitkan seorang ibu dan anaknya yang baru melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada 31 Mac dan 2 April lalu, bukan disebabkan oleh jangkitan virus H1N1.“Dua mangsa yang sebelum ini dilaporkan akibat jangkitan H1N1 daripada tiga kematian tahun ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan H1N1, tetapi yang terbaru (semalam) berkaitan dengan H1N1,” katanya.

Sebelum ini, dua beranak terbabit, Maimunah Dimah, 54, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis selepas dimasukkan ke hospital dengan simptom ILI, manakala anaknya, Sumarni Mat Nor, 29, yang sedang mengandung 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan gejala ILI dan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.

Menurutnya, sehingga 12 April, jumlah terkumpul kes jangkitan ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah 678 kes dengan 66 daripadanya adalah positif H1N1, manakala lima kes lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU).

"Rakyat tidak perlu bimbang mengenai keadaan semasa kerana masih dalam kawalan walaupun wujud sedikit peningkatan jumlah kes positif dan juga kejadian kluster yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, hasil mesyuarat berkenaan yang disertai beberapa wakil kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) membuat keputusan penutupan sekolah atau institusi adalah pilihan terakhir jika wabak itu terus merebak.

SUMBER: HARIAN METRO
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguammaut/Article

SAYA TAK AKAN JEMU MENASIHATKAN ANDA DI LUAR SANA....

Jangan biarkan wabak H1N1 menyerang keluarga anda ,sanak saudara,jiran dan rakan anda. Cegah segera dengan mengamalkan minuman kesihatan SUSU ALPHA LIPID, utk kuatkan antibodi dalam tubuh kita.Sayangilah diri anda dan keluarga tersayang.

Jangan biarkan anda kehabisan bekalan SUSU ALPHA LIPID , dirumah anda!!!






Sabtu, 3 April 2010

WABAK H1N1 KEMBALI MENCEMASKAN

KUALA LUMPUR: Wabak Influenza A (H1N1) yang pernah mengorbankan 77 orang di negara ini, kembali mencemaskan apabila 83 kes di Selangor, Melaka dan Terengganu disahkan dijangkiti virus itu dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu saja, 371 pesakit dimasukkan ke 38 hospital kerajaan dan tujuh pusat perubatan swasta di seluruh negara dengan simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). Daripada jumlah itu, 25 disahkan positif H1N1 dan lapan dirawat di unit kecemasan.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan meningkatkan pemantauan serta pencegahan bagi mengelak virus itu merebak.

Daripada 83 kes itu, 15 membabitkan kakitangan Hospital Serdang, Selangor, 16 pekerja Ladang Sime Darby Merlimau, Melaka; 31 pelajar Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah, Melaka; tujuh pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin Melaka, sembilan penghuni Rumah Anak Yatim Vidyalaya Kuala Kubu Bharu, Selangor dan lima pelajar Sekolah Menengah Agama Rantau Abang Dungun, Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes secara berkumpulan itu menunjukkan penularan H1N1 di negara ini masih aktif, tetapi terkawal.

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya masih belum ada tanda berlaku gelombang kedua H1N1.
“Risiko atau kemungkinan berlakunya gelombang kedua masih tetap ada kerana masyarakat Malaysia secara amnya masih rentan terhadap jangkitan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman web kementerian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah pencegahan H1N1 yang diumumkan sebelum ini.

Di ALOR SETAR, sumber memberitahu Sekolah Menengah (SM) Teknik Langkawi ditutup semalam, menjadikan tiga sekolah di pulau itu ditutup setakat ini berikutan jangkitan ILI.

Arahan menutup sekolah itu dikeluarkan selepas 86 daripada 616 murid dan kakitangannya mengalami demam, batuk dan selesema.

Kelmarin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup berikutan lebih 50 peratus pelajarnya terkena jangkitan sama.

Pesanan saya: Pada semua jangan leka,jagalah kesihatan sebelum apa-apa terjadi.CEGAH SEBELUM PARAH...Jom amalkan susu alpha lipid utk kuatkan antibodi kita.