Khamis, 5 Februari 2009

Bisnes Memang Menyeronokkan Walau Banyak Dugaan

Assalamualaikum,

Saya tahu, bagi yang tak minat dan tak berani nak menceburkan diri dalam Dunia Perniagaan ni mesti tak berapa setuju dengan kenyataan saya kan? Tapi bagi yang `kaki bisnes` pasti mengakui kenyataan saya iaitu "Bisnes memang menyeronokkan walau banyak dugaan".

Sebab saya beranggappan sedemikian, pastilah ada kisahnya. Jom kita layan kisah saya ni..hehehe

Ok ni saya nak cerita macam mana saya boleh mula terlibat dengan bisnes ni. Kalau nak tahu saya ni mula berniaga seingat saya dalam darjah 2 @ darjah 3, lebih kuranglah. Saya ingat lagi masa tu kat sekoah rendah, mak saya buat kuih gula hangus, suruh saya jual kat sekolah. Saya pun tanpa banyak soal, bawalah pergi jual kat sekolah (kira macam pasaran gelap lah, tapi yang halal lah...hehe). Lagipun masa tu mana tau undang-undang kat sekolah tak boleh berniaga. Yang tau, cuma nak bantu mak dan ayah, maklumlah saya ni orang susah.Itulah detik-detik permulaan saya mula kenal dunia bisnes.

Selain dari bantu jual kuih gula hangus kat sekolah, mak saya ni pun ada buat kuih-muih letak kat kedai-kedai di kampung. Kiranya mak sayalah yang memperkenalkan saya dengan dunia perniagaan ni. Bila saya dah besar sikit, dalam darjah 4 hingga darjah 6, makin banyak yang saya jual. Sekolah pagi saya jual kuih-muih, sekolah petang pula lagi banyak jenis makanan yang saya jual iaitu laksa,kacang kuda,sagon,aiskrim dll.
Sepanjang tu, saya memang tak boleh lupa bila bangun awal pagi dok tengok mak saya bertungkus lumus menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk diletak di kedai-kedai dan dibawa sikit untuk saya jual kat sekolah pagi. Sedih rasanya, dengan hanya bertemankan cahaya pelita minyak. Kadang-kadang bila hujan mesti terkena tempiasnya. Maklumlah rumah saya dulu pun tak sempurna macam rumah orang lain, kiranya keluarga saya ni kalau masa sekarang ni memang kategori boleh masuk dalam rancangan `Bersamamu` yang kat TV3 tu...hehehe.

Alhamdulilah , jualan saya selalunya habis dan laris tapi ada masanya tak habis, adatlah tu. Dengan tak disangka biasalah bila budak-budak lain tengok jualan saya laris, adalah yang berminat juga nak bisnes macam saya. Jadi dia pun balik bagitau mak dia kot, dan dorang pun buat juga bisnes macam yang saya buat. Yang kelakarnya jual apa yang saya jual juga. Jadi terjejaslah sikit bisnes saya di sekolah sebelah petang( sekolah agama).Saya masa tu pun tak puas hati juga lah, apa taknya saya bengang sebab dia tiru bulat-bulat apa yang saya jual. Saya balik mengadu kat mak saya, kenapa dorang suka tiru kita, apsal dorang tak nak fikir idea sendiri, jual lah makanan lain yang kita tak jual.Saya kata kat mak saya, dorang ni memang dengki lah, tak boleh tengok orang lain senang.

Tapi mak saya ni berfikiran positif, jadi dah dorang tu tiru bisnes saya kami anak beranak cari idea lain. Jadinya saya ubah sikit jualan, utk hari berikutnya saya jual pulak bihun goreng, rojak buah serta jualan dulu yang dorang tak tiru. Alhamdulillah menjadi.

Bila dah meningkat remaja,saya pun selalu bantu mak saya menyiapkan bahan-bahan untuk buat kuih-muih dan nasi lemak untuk di letak di warung kopi. Bulan puasa lagilah banyak mak saya buat kuih-muih.

Ok, tu kisah saya masa sekolah. Apabila dah bekerja walaupun dah ada gaji setiap bulan, saya kadang-kadang ada juga buat bisnes sendiri bila ada peluang. Saya buat kat pejabat.Kami anak beranak akan masak bersama-sama dan saya akan bawa ke pejabat bila ada majlis jamuan. Kebetulan memang saya yang ditugaskan untuk menguruskan bahagian makanan. Dan kalau pejabat ayah saya pula ada buat majlis jamuan, maka mak saya yang akan dicari oleh pihak pejabat ayah saya, sebabnya mereka tahu mak saya ni memang masakannya sedap. Apalagi kami anak beranak pun mengagih-agihkan tugas masing-masing. Bila dah dapat duit hasil bisnes tu seronok sangat.

Tu kisah masa umur saya belasan tahun, bila umur dah awal 20-an tibalah masa nak kahwin..hehehe..
Maklumlah saya ni anak sulung dalam keluarga, jadi bila nak kahwin kena cari duit sendiri untuk majlis kenduri nanti.Yalah takkan nak harapkan mak dan ayah, mereka pun bukannya banyak duit, sekadar yang termampu saja boleh bantu saya. Jadinya saya mula ligat mencari duit. Saya buat bihun goreng dan nasi lemak utk di letak di warung kopi. Waktu malam saya menyediakan ramuannya. Sebelum subuh dalam pukul 5 pagi saya bangun masak dan bungkuskan. Sambil nak pergi kerja saya singgah di warung kopi dan letak warung kopi. Apabila balik kerja, saya singgah ambil hasil jualan tadi. Ada masa habis, ada masa tak habis. Kadang2 langsung takde orang beli, tapi saya tak putus asa, tetap jugak buat.
Apabila hari minggu masa cuti, saya buat kerja `part time` kat restoran.Kerja `cashier` dari jam 6 petang hingga 2 pagi. Begitulah rutin saya dan berhenti kerja apabila dah dekat majlis kenduri saya.

Apabila dah kahwin, saya menetap di KL ni dan bekerja di syarikat swasta. Kat sini saya mula terlibat ngan bisnes MLM pula. Mulanya saya tak minat, tapi entah macam mana boleh tersangkut pula. MLM pertama yang saya join iaitu REVELL. Apabila dah terlibat dengan MLM ni, saya mula berubah, dari seorang pendiam jadi peramah, dari penakut jadi berani dan tegas. Mula kenal ramai orang dan mula menjelajah ke banyak tempat di semenanjung Malaysia ni.

Saya ambil keputusan berhenti kerja utk tumpukan perhatian pada MLM ni. Tapi sayangnya tak bertahan lama, sukar bertahan. Banyak jugaklah modal yang saya keluarkan dan saya memang rugi teruk. Mungkin saya takde rezeki dalam MLM tersebut.
Tapi saya masih gunakan produk MLM tersebut, sebab bagi saya produknya bagus.

Apabila bisnes dah tak berapa maju, macam2 bisnes saya buat. Jual kain sutera,tudung bawal,baju tidur(kelawar),kerepek,kuih-muih,dan macam-macam lah. Modal banyak yang keluar, tapi pulangan tak banyak. Maka hutang ngan bank pun bertambah,kereta pun nak kena tarik tak dapat bayar, rumah sewa pun sampai 2 bulan tak bayar,telefon kena potong.Banyak betul dugaan masa tu. Suami pun pernah buka kedai makan, tapi sempat bertahan 3 bulan saja.Akhirnya terpaksa tutup, memang kami alami kerugian yang teruk.

Saya juga pernah menjual nasi campur dan kuih-muih yang semuanya saya buat sendiri di depan rumah, tapi hanya sikit jer yang terjual, banyak lauk-pauk dan kuih-muih yang tak habis. Memang sedih masa tu,namun saya tetap tak putus asa. Saya mula fikirkan idea lain, saya iklankan melalui internet. Jual ikan bilis yang telah dikopek (sampai sakit kuku mengopeknya), produk MLM yang dulu, kuih-muih, bengkung dan banyak lagilah. Alhamdulillah dapat sambutan. Namun taklah begitu lumayan, cukup sekadar untuk menampung kehidupan yang semakin meningkat kosnya.

Suami dan saya pun pernah terlibat dengan bisnes broker hartanah dan jual beli kereta baru dan terpakai. Tapi memang banyak masa terbuang begitu sahaja, pergi sana-sini, telefon sana sini. Ramai yang kononnya berminat, apabila kita dapat cari seperti yang mereka kehendaki, terus senyap macam tu saja.Bil telefon pun bukannya sikit nak kena bayar.Kereta pula hanya beberapa buah saja yang dapat jual.

Anak-anak pun makin membesar, perlu lebih banyak pendapatan untuk menampung kehidupan di Kuala Lumpur ni. Akhirnya setelah hampir 4 tahun saya tak bekerja, tahun 2007 saya mula bekerja semula. Alhamdulillah walau gaji tak besar sangat, bolehlah bantu suami.

Namun begitu, seperti yang kita tahu sekarang ni harga barang semakin naik dan mahal, semuanya menuntut perbelanjaan yang banyak utk memiliki sesuatu benda dan perkhidmatan tersebut.Walaupun saya dan suami masing-masing dah berkerja tetap juga mengalami masalah kewangan. Anak-anak pun semua dah bersekolah, lagilah kena bayar itu dan ini.

Akhirnya pada pertengahan September 2008 tahun lepas, suami saya diperkenalkan dengan produk susu alpha lipid ni. Mulanya bila suami saya bawa balik rumah, saya tak setuju. sebabnya saya ni seumur hidup memang tak minum susu, mesti muntah kalau minum. Selama 2 minggu juga suami saya suruh saya baca info susu ni. Saya tak nak dan tak percaya dengan khasiat susu alpha lipid ni. Bagi saya susu alpha lipid ni mahal sangat dan kalau buat bisnes pun takde siapa pun yang nak beli.

Namun entah macam mana, satu hari saya terdetik nak cuba minum bila suami asyik suruh cuba dulu. Lagipun saya ni dulu pernah eksiden 2 kali. Jadi sekarang ni badan selalu rasa sengal-sengal, dan bila balik kerja rasa letih dan mengantuk sangat.Lagi satu saya pun ada masalah berat badan berlebihan dan sembelit.
Apabila saya cuba minum susu alpha lipid ni, macam tak percaya saya boleh minum. Sebabnya rasa susu ni `plain` jer dan baunya pun cam vanilla dan tak berbau kuat macam susu biasa di pasaran.Bila dah amalkan susu ni, alhamdulillah berkesan.

Jadi saya pun mula menyokong dan percaya dengan keputusan suami yang nak buat bisnes susu alpha lipid ni. Dari masa ke semasa ramai yang suka dengan produk susu alpha lipid ni dan ramai yang bila dah cuba amalkan berminat juga nak jadi pengedar dan buat bisnes ni.Sambutan begitu hangat dan menggalakkan.

Namun saya dan suami tak terlepas dari mengalami dan menghadapi dari orang yang suka memprotes bisnes susu alpha lipid ni, biasalah dalam dunia perniagaan itu semua rencahnya. Betul tak?
Ada juga yang kononnya minat nak join, tapi akhirnya senyap macam tu saja. Macam-macamlah orang yang kita akan jumpa bila kita terlibat dalam dunia bisnes ni. Antaranya yang suka memungkiri janji, itu selalu saya jumpa.Sebenarnya banyak lagi kes-kes lain kita akan jumpa apabila kita masuk dalam dunia perniagaan MLM ni.
YANG PENTING kami tetap tidak berputus asa.

Berkat usaha yang gigih dan tak mudah mengalah, alhamdulillah setakat ni hampir 6 bulan terlibat dengan bisnes susu alpha lipid ni, pendapatan kami dah mencecah 5 angka. Dan dengan susu alpha lipid ni, suami saya dah menjelajah ke seluruh Malaysia dengan duit sendiri. Segala hutang-hutang dahulu dengan mudahnya kami dah boleh selesaikan.

Memang tak sangka, baru terlibat hampir 6 bulan dalam perniagaan susu alpha lipid ni gajinya dah hampir sama dengan pegawai kerajaan yang kerja berpuluh tahun (gred 54).

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan