Rabu, 4 Februari 2009

Perniagaan Dalam Islam

I- Keutamaan Berniaga dan Mencari Rezeki Halal

1- Rasulullah s.a.w bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya sembilan bahagian rezeki itu adalah di dalam perniagaan”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:27.

2- Abu Sa`ed Al-Khudry r.a telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. telah bersabda: “Setiap orang yang memperolehi pendapatan yang halal yang digunakan untuk makanan dirinya sendiri, membeli pakaian dan memberinya kepada sesiapa dari kalangan makhluk Allah akan ditulis sebagai satu amalan kebajikan”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:33-34.

3- Naseeh An-Ansi r.a. telah meriwayatkan daripada Rakb Al-Misri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berita gembira bagi orang yang mempunyai pendapatan yang halal”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:34.

II- Sifat Peniaga Islam

1- Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan untuk memperolehi pendapatan adalah pendapatan para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan bercakap benar dan tidak berdusta. Apabila mereka diberi amanah, mereka tidak akan mengkhianatinya, apabila berjanji mereka tidak memungkirinya, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela apa yang dibeli oleh mereka itu. Apabila mereka menjual, mereka tidak akan memuji-muji berlebih-lebihan barang-barang yang mereka jual tersebut. Jika mereka disuruh untuk membayar (hutang) mereka, mereka tidak akan berdalih-dalih dan apabila orang yang berhutang lambat membayarnya, mereka tidak akan menyempitkan di berhutang”.-#Petikan Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:77-78 dari At-Tarqhib.

2- Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur dan amanah dalam perkataan dan amalannya akan dibangkitkan di kalangan para Nabi di hari kiamat”.-# Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:29-30.


III- Kaedah dan Etika Perniagaan

1- Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah sekali-kali tidak akan berkata-kata, memandang dan menghapuskan ketidaksucian dosa-dosa tiga golongan orang. Mereka akan memperolehi azab yang pedih”. Abu Dzar r.a. pun berkata: “Celakalah mereka, siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w pun menjawab: “Pertama seorang yang menunjuk-nunjukkan kemewahannya dengan melabuhkan pakaiannya hingga melebihi paras buku lali, mereka yang tidak pernah mengambil pusing kesan ke atas orang lain akbiat tindakannya terhadap mereka dan seorang yang menjual barang jualannya dengan bersumpah palsu” (Riwayat Muslim).

2- “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaafifin 83:1-6).

IV- Etika Kerohanian Dalam Perniagaan

1- Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada hari Kiamat para peniaga akan dibangkitkan sebagai penceroboh dan pendosa melainkan mereka yang takutkan Allah, bercakap benar dan tidak melakukan dosa-dosa semasa melakukan urusan perniagaan”.-# Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:31.

NOTA:
petikan diambil dari web:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/NYPerniagaan.html

ImageChef.com

ImageChef.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan