Isnin, 30 Mac 2009

PERLU IKHLAS,JUJUR,AMANAH DAN JANGAN TAMAK.

Assalamualaikum...

Kali ni saya rasa nak sentuh sikit berkenaan dengan tajuk di atas. Sebabnya dari apa yang selalu saya dapat tahu dan dengar ada juga para pengedar yang tidak ikhlas, tidak jujur, tak amanah dan bersikap tamak.

Kita sebagai pengedar susu alpha lipid, jika ingin bisnes yang kita usahakan bertahan lama dan rezeki yang kita perolehi tu berkat, janganlah bersikap sedemikian.

Kita perlu sentiasa ikhlas apabila menerangkan keberkesanan produk kita, jujur dan amanah terhadap downline yang mengharapkan kita sebagai leader mereka, serta jangan bersikap tamak sehingga sanggup menipu customer atau downline. Ada juga segelintir pengedar yang bersikap tamak sanggup mencuri downline orang lain walaupun berada di bawah satu MLM yang sama.

Sekiranya kita menanamkan niat iaitu ingin membantu insan-insan yang perlukan produk yang bagus utk kesihatan dan dlm masa yg sama mencari rezeki yang halal dan bersih, tanpa mengabaikan seperti tajuk diatas, insyaallah kita akan memperolehi kejayaan dan rezeki kita akan sentiasa dimurahkan oleh YANG ESA.AMIN.

Ingatlah kita menceburi bisnes ni adalah untuk jangkamasa yang panjang, sekiranya kita buat yang sebaliknya, perniagaan dan kejayaan yang kita kecapi takkan bertahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan