Selasa, 7 April 2009

ADAKAH HANYA KERANA WANG?

Memang telah diakui bahawa tersedia motivasi yang amat penting di dalam perniagaan kita iaitu wang. Soalnya, adakah semata-mata kerana wang yang menyebabkan kita menjadi usahawan? Jika semata-mata kerana wang, kita boleh kecewa kerana seperti yang kita tahu, pada peringkat permulaan, wang yang diterima oleh kita hanya sedikit saja dan tidak seperti yang diharapkan.

Wang bukan perkara utama, walaupun ia amat penting dalam kehidupan kita. Usahawan yang sebenar tidak pernah mengganggap wang sebagai perkara utama kerana sebaik saja kita menganggapnya sbg. perkara utama, hidup kita akan menjadi hamba wang.

Usahawan yg sebenarnya percaya bahawa wang bukan segala-galanya. Mereka berniaga kerana memang mereka sukakan dunia persaingan.Wang hanya menjadi dorongan yang kecil sahaja.

Apa yang kita perlu utamakan ialah dapat memberi produk yang bagus dan khidmat yang baik kepada orang ramai melalui perniagaan.Wang akan datang kemudian setelah orang ramai mendapat produk yang bagus dan berkesan serta khidmat yang kita berikan dalam perniagaan.

Kita mestilah percaya bahawa menjual produk yang bagus dan berkesan serta memberi khidmat terbaik dan mencipta nama hendaklah diutamakan. Bila orang ramai berpuashati, nama kita akan dikenali, selepas itu barulah wang akan datang secara natural.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan