Khamis, 12 November 2009
Bosan dengan perniagaan sedia ada (motivasi untuk kita semua)
Menurut seorang rakan saya yang berpengalaman dalam perniagaan, selepas kira-kira 3 tahun dalam satu-satu bidang, seseorang usahawan akan merasai satu tahap kebosanan yang tinggi.
Kebosanan inilah yang akan menyebabkan kita berfikir apa perniagaan lain yang boleh diceburi dan bagaimana untuk keluar dari perniagaan sediaada ?
Setelah membuat keputusan dalam minda kita bahawa perniagaan kita yang sedia ada ini membosankan, kita mula mencari sebab untuk mengiyakan apa yang kita telah buat keputusan berdasarkan perasaan semata-mata.
Semakin lama kita mencari alasan, semakin banyak alasan yang otak kita beri dan terima untuk mengesahkan keputusan tersebut. Akhirnya kita tinggalkan perniagaan sediaada dan memulakan perniagaan baru.
Seperti biasa, kita menjadi excited dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan baru. Selepas 3 tahun, kita akan menjadi bosan dan perkara yang sama akan berulang.
Sesudah kita menjalani 10 jenis perniagaan sebegini, akhirnya kita sedar bahawa diri kita sudah tua dan tidak mampu lagi untuk bertukar perniagaan. Pada waktu itu, kita mungkin akan menyesal. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".
Kita pula tidak akan menceritakan hal ini kepada orang yang lebih muda dari kita kerana ia seolah-olah mengaibkan diri kita. Lebih teruk lagi, jika kita menceritakan pada mereka, mereka memperlekehkan kita kerana menganggap kita kononnya memberi nasihat tetapi perniagaan kita sendiri tidak kemana.
Oleh sebab ini, tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya "perangkap bosan" ini.
Keadaan menjadi berbeza sekiranya kita kekal dalam satu-satu perniagaan untuk tempoh masa yang lama. 1000 hari pertama hanyalah permulaan untuk kestabilan satu-satu perniagaan.
Selepas dari itu, orang mula mengenali kita dengan perniagaan kita. Pelanggan kita akan menjadi semakin ramai dan kita akan menjadi semakin berpengalaman mengendalikan mereka.
Pemasaran adalah satu kaedah meletakan diri kita dalam minda manusia. Mungkin mereka tidak perlu pada hari ini, tetapi mereka akan memerlukannya selepas beberapa tahun ataupun mereka akan mencadangkan kita kepada rakan-rakan mereka.
Kembali kepada "perangkap bosan". Apa yang kita harus lakukan sewaktu kita menghadapi situasi "perangkap bosan" ini ?
Sewaktu menghadapi situasi ini, kita harus faham bahawa perniagaan kita sedang dipersimpangan untuk maju ataupun untuk lingkup. Kita harus faham bahawa "perangkap bosan" ini menandakan bahawa kita sudah mahir dalam perniagaan sedia ada. Ini adalah bagus.
Kita boleh berfikir untuk menyusun strategi baru untuk melantik orang bawah yang lebih bersemangat dan memikirkan tentang bagaimana untuk berkembang maju. Samada ke luar negara atau mencari pasaran baru atau memulakan kedai online.
Semua ini akan melipatgandakan pendapatan kita.
Kesimpulannya,
perangkap bosan = petanda perniagaan anda sedang hendak melangkah ke tangga seterusnya
Jadi, kekal dalam perniagaan sediaada selama yang mungkin. Fikir untuk maju ke hadapan.
Sekian, terima kasih
Salam Perniagaan
p/s: Terima kasih utk.`Hiven` atas motivasi ini.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan