Khamis, 19 Februari 2009
ROYALTY UNTUK PENGEDAR SEMAKIN HAMPIR
Lama yer saya tak update blog ni, maaflah sibuk sikit. Maklumlah semakin nak dekat Majlis Royalty ni, semakin ramai yang berminat nak amalkan susu ni bila dah tahu akan khasiatnya dan nak join jadi pengedar susu alpha lipid ni. Ramai yang dah mula buka mata dan mengakui akan kehebatan susu alpha lipid ni.
Oleh kerana sambutan di luar jangkaan, 3000tiket Royalty Convention pada 15Mac2009 nanti semua dah habis!
Ibu Pejabat NZ New Image terpaksa mengubah lokasi Royalti Convention yang mulanya diadakan PWTC ke The MINES Convention Center(MIECC), Seri Kembangan yg boleh memuatkan 9000 orang!! Memang dasyhat sambutannya dan menampakkan bertambah hebatnya bisnes Alpha Lipid Lifeline!!!
Sila rujuk ke laman web ini untuk mengetahui lokasi The MINES (MIECC) http://www.miecc.mines.com.my/index.asp
Untuk makluman buat semua pengedar-pengedar saya dan pelanggan yang saya hargai, pada 15/3/09 (ahad) nanti, majlis penerimaan royalty akan diadakan di The Mines. Memang majlis penerimaan royalty ini merupakan majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua pengedar yang aktif.Keterangan Majlis Royalty macam kat bawah;-
## ROYALTY PROGRAME KALI KE-3 ##
TARIKH: 15HB.MARCH 2009
MASA : 12.00 TGH
TEMPAT: THE MINES
BAYARAN : RM10(FEB.09) & RM15 (SELEPAS 28/2/09)
Kad Undangan Untuk Anda Semua:
CEPAT DAPATKAN SEGERA, BOLEH CALL ATAU SMS SAYA UNTUK DAPATKAN TIKET INI.TEMPAT ADALAH TERHAD.
SEMUA DIJEMPUT HADIR, DAN BAGI YANG BERMINAT NAK HADIR SILA BAGI NAMA DAN NO HP ANDA KEPADA SAYA.
Sila call atau sms segera:
Bagi yang hadir, cabutan bertuah menanti anda. Sebanyak RM50K akan dibahagikan utk cabutan bertuah. Mana tahu anda adalah orang yang bertuah dapat menerimanya nanti!!
JOM KITA MINUM SUSU,MAKAN SUSU,MANDI SUSU,TIDUR SUSU,MIMPI SUSU, DAN SEMBANG SUSU
Khamis, 12 Februari 2009
8 BUAH NEGARA TELAH MENGAMALKAN SUSU ALPHA LIPID
.jpg)
8 negara telah dipeluaskan pasaran produk new image ni,iaitu:
1.NEW ZEALAND(HQ)
2.AUSTRALIA
3.INDONESIA
4.MALAYSIA
5.PHILIPHINES
6.SINGAPORE
7.TAIWAN
8.HONG KONG
Ini menandakan produk susu alpha lipid life sememangnya berkualiti,berkhasiat dan diyakini keberkesanannya serta dipercayai oleh masyarakat antarabangsa.
Tenyata produk new image (susu alpha lipid) memang terbukti akan khasiatnya dan dijamin tiada kesan sampingan pada tubuh kita.
ANDA BILA LAGI??
BIO-REJUV UTK KULIT CANTIK ,HALUS DAN CERAH BERSERI

BIO-REJUV CLEANSING BAR
*The Secret to Life is Found in Nature*
(115gm)
Harga Ahli: RM120.00(WM)/RM125.00(EM)
Harga Pasaran(Bukan ahli): RM150.00(WM)/RM155.00(EM)
Caj Pos Laju : RM10.00
Bio Rejuv adalah produk kesihatan kulit pertama di dunia yang diadun dengan kombinasi.Kolostrum dan juga kehebatan lagenda rawatan AUSTRIAN MOOR (sejenis bunga),
untuk melindungi, merawat, memperbaiki, dan memperbaharui kulit secara semulajadi.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Adunan colustrum berserta 700 pati herba dan
tumbuhan ini memberi nilai yang sangat tinggi. Dimana kombinasi bahannya
dapat bekerja bersama secara semulajadi untuk memberi kesan yang sangat
harmoni dan menyeimbangkan kulit anda. Dengan Bio Rejuv anda akan dapat
merasai perbezaan pada kulit sebaik selepas menggunakannya. Ia merupakan
pilihan terbaik bagi lelaki dan wanita untuk kulit yang sihat dan semulajadi.
Kandungan kolustrumnya adalah lebih 41% kandungan IGG. Bunga Moor adalah
sejenis herba yang tumbuh di Austrian sejak 30,000 tahun dahulu.
SEDIKIT INFO BUNGA MOOR




Moorland or moor is a type of habitat found in upland areas, characterised by low growing vegetation on acidic soils. Moorland nowadays generally means uncultivated hill land (such as Dartmoor in South West England), but the Old English mōr also refers to low-lying wetlands (such as Sedgemoor, also SW England). It is closely related to heath although experts disagree on precisely what distinguishes the types of vegetation. Oliver Rackham points out that long-term general usage has been that moors are used to describe highland (and therefore high-rainfall zones), whereas heath refers to lowland zones which are more likely to be the result of human activy.
Moorland habitats are most extensive in the neotropics and tropical Africa but also occur in northern and western Europe, Northern Australia, North America, Central Asia, and the Indian subcontinent. Most of the world's moorlands are very diverse ecosystems. In the extensive moorlands of the tropics species diversity can be extremely high. Moorland also bears a relationship to tundra (where the subsoil is permafrost or permanently frozen soil).
Ahad, 8 Februari 2009
CEPAT JANGAN TUNGGU LAGI, MASA ITU EMAS
Assalamualaikum...
Buat yang masih dok was-was lagi sama ada nak join bisnes susu alpha lipid ni, jangan dok berlengah lagi. Cepat buat tindakan sekarang. Zaman sekarang ni semuanya kena cepat dan pantas, saper yang lambat dia ketinggalan.
Jangan tak tahu, Susu Alpha Lipid ni semakin terkenal akan khasiatnya. Peluang untuk mendapat pendapatan yang lumayan amat cerah, yang penting apabila kita dah ambil keputusan nak jadi pengedar susu alpha lipid ni, tekadkan dalam hati niat kita nak bantu orang sambil cari rezeki. Dan setiap pelanggan yang beli produk dari kita, jangan abaikan mereka, kita kena sentiasa follow-up mereka. Tanya masalah kesihatan mereka positif atau negatif. Apa yang pelanggan nak tahu, kita kena terangkan sampai mereka faham.Itulah antara sikap dan sifat seorang `dealer` yang berjaya.
Apapun buat pembaca blog saya, MASA ITU EMAS, takkan nak biarkan masa tu berlalu begitu saja. Takkan nak tengok jer orang lain dapat income berpuluh ribu sebulan bahkan boleh mencapai sampai beratus ribu sebulan.Jom cepat sertai TEAM saya,bagi yang berminat tapi jauh dari Kuala Lumpur takde masalah, kami boleh pergi ke tempat anda. Cuma perlu call atau sms saya jer. Kalau boleh kumpul kenalan atau saudara mara anda, lagi bagus boleh mereka dengar sekali. Jadi apabila mereka dengar bersama-sama anda,nanti jika mereka pun berminat boleh terus jer daftar jadi ahli bawah anda. Senang kan??
Dan anda juga boleh hubungi para pengedar saya seperti dibawah, mereka sentiasa bersedia untuk anda pada bila-bila masa sahaja.
PENGEDAR-PENGEDAR DI SELURUH MALAYSIA, SINGAPURA,INDONESIA ADALAH DIPERLUKAN. PELANGGAN-PELANGGAN DI BRUNEI JUGA AMAT DI ALU-ALUKAN....
Khamis, 5 Februari 2009
Bisnes Memang Menyeronokkan Walau Banyak Dugaan
Saya tahu, bagi yang tak minat dan tak berani nak menceburkan diri dalam Dunia Perniagaan ni mesti tak berapa setuju dengan kenyataan saya kan? Tapi bagi yang `kaki bisnes` pasti mengakui kenyataan saya iaitu "Bisnes memang menyeronokkan walau banyak dugaan".
Sebab saya beranggappan sedemikian, pastilah ada kisahnya. Jom kita layan kisah saya ni..hehehe
Ok ni saya nak cerita macam mana saya boleh mula terlibat dengan bisnes ni. Kalau nak tahu saya ni mula berniaga seingat saya dalam darjah 2 @ darjah 3, lebih kuranglah. Saya ingat lagi masa tu kat sekoah rendah, mak saya buat kuih gula hangus, suruh saya jual kat sekolah. Saya pun tanpa banyak soal, bawalah pergi jual kat sekolah (kira macam pasaran gelap lah, tapi yang halal lah...hehe). Lagipun masa tu mana tau undang-undang kat sekolah tak boleh berniaga. Yang tau, cuma nak bantu mak dan ayah, maklumlah saya ni orang susah.Itulah detik-detik permulaan saya mula kenal dunia bisnes.
Selain dari bantu jual kuih gula hangus kat sekolah, mak saya ni pun ada buat kuih-muih letak kat kedai-kedai di kampung. Kiranya mak sayalah yang memperkenalkan saya dengan dunia perniagaan ni. Bila saya dah besar sikit, dalam darjah 4 hingga darjah 6, makin banyak yang saya jual. Sekolah pagi saya jual kuih-muih, sekolah petang pula lagi banyak jenis makanan yang saya jual iaitu laksa,kacang kuda,sagon,aiskrim dll.
Sepanjang tu, saya memang tak boleh lupa bila bangun awal pagi dok tengok mak saya bertungkus lumus menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk diletak di kedai-kedai dan dibawa sikit untuk saya jual kat sekolah pagi. Sedih rasanya, dengan hanya bertemankan cahaya pelita minyak. Kadang-kadang bila hujan mesti terkena tempiasnya. Maklumlah rumah saya dulu pun tak sempurna macam rumah orang lain, kiranya keluarga saya ni kalau masa sekarang ni memang kategori boleh masuk dalam rancangan `Bersamamu` yang kat TV3 tu...hehehe.
Alhamdulilah , jualan saya selalunya habis dan laris tapi ada masanya tak habis, adatlah tu. Dengan tak disangka biasalah bila budak-budak lain tengok jualan saya laris, adalah yang berminat juga nak bisnes macam saya. Jadi dia pun balik bagitau mak dia kot, dan dorang pun buat juga bisnes macam yang saya buat. Yang kelakarnya jual apa yang saya jual juga. Jadi terjejaslah sikit bisnes saya di sekolah sebelah petang( sekolah agama).Saya masa tu pun tak puas hati juga lah, apa taknya saya bengang sebab dia tiru bulat-bulat apa yang saya jual. Saya balik mengadu kat mak saya, kenapa dorang suka tiru kita, apsal dorang tak nak fikir idea sendiri, jual lah makanan lain yang kita tak jual.Saya kata kat mak saya, dorang ni memang dengki lah, tak boleh tengok orang lain senang.
Tapi mak saya ni berfikiran positif, jadi dah dorang tu tiru bisnes saya kami anak beranak cari idea lain. Jadinya saya ubah sikit jualan, utk hari berikutnya saya jual pulak bihun goreng, rojak buah serta jualan dulu yang dorang tak tiru. Alhamdulillah menjadi.
Bila dah meningkat remaja,saya pun selalu bantu mak saya menyiapkan bahan-bahan untuk buat kuih-muih dan nasi lemak untuk di letak di warung kopi. Bulan puasa lagilah banyak mak saya buat kuih-muih.
Ok, tu kisah saya masa sekolah. Apabila dah bekerja walaupun dah ada gaji setiap bulan, saya kadang-kadang ada juga buat bisnes sendiri bila ada peluang. Saya buat kat pejabat.Kami anak beranak akan masak bersama-sama dan saya akan bawa ke pejabat bila ada majlis jamuan. Kebetulan memang saya yang ditugaskan untuk menguruskan bahagian makanan. Dan kalau pejabat ayah saya pula ada buat majlis jamuan, maka mak saya yang akan dicari oleh pihak pejabat ayah saya, sebabnya mereka tahu mak saya ni memang masakannya sedap. Apalagi kami anak beranak pun mengagih-agihkan tugas masing-masing. Bila dah dapat duit hasil bisnes tu seronok sangat.
Tu kisah masa umur saya belasan tahun, bila umur dah awal 20-an tibalah masa nak kahwin..hehehe..
Maklumlah saya ni anak sulung dalam keluarga, jadi bila nak kahwin kena cari duit sendiri untuk majlis kenduri nanti.Yalah takkan nak harapkan mak dan ayah, mereka pun bukannya banyak duit, sekadar yang termampu saja boleh bantu saya. Jadinya saya mula ligat mencari duit. Saya buat bihun goreng dan nasi lemak utk di letak di warung kopi. Waktu malam saya menyediakan ramuannya. Sebelum subuh dalam pukul 5 pagi saya bangun masak dan bungkuskan. Sambil nak pergi kerja saya singgah di warung kopi dan letak warung kopi. Apabila balik kerja, saya singgah ambil hasil jualan tadi. Ada masa habis, ada masa tak habis. Kadang2 langsung takde orang beli, tapi saya tak putus asa, tetap jugak buat.
Apabila hari minggu masa cuti, saya buat kerja `part time` kat restoran.Kerja `cashier` dari jam 6 petang hingga 2 pagi. Begitulah rutin saya dan berhenti kerja apabila dah dekat majlis kenduri saya.
Apabila dah kahwin, saya menetap di KL ni dan bekerja di syarikat swasta. Kat sini saya mula terlibat ngan bisnes MLM pula. Mulanya saya tak minat, tapi entah macam mana boleh tersangkut pula. MLM pertama yang saya join iaitu REVELL. Apabila dah terlibat dengan MLM ni, saya mula berubah, dari seorang pendiam jadi peramah, dari penakut jadi berani dan tegas. Mula kenal ramai orang dan mula menjelajah ke banyak tempat di semenanjung Malaysia ni.
Saya ambil keputusan berhenti kerja utk tumpukan perhatian pada MLM ni. Tapi sayangnya tak bertahan lama, sukar bertahan. Banyak jugaklah modal yang saya keluarkan dan saya memang rugi teruk. Mungkin saya takde rezeki dalam MLM tersebut.
Tapi saya masih gunakan produk MLM tersebut, sebab bagi saya produknya bagus.
Apabila bisnes dah tak berapa maju, macam2 bisnes saya buat. Jual kain sutera,tudung bawal,baju tidur(kelawar),kerepek,kuih-muih,dan macam-macam lah. Modal banyak yang keluar, tapi pulangan tak banyak. Maka hutang ngan bank pun bertambah,kereta pun nak kena tarik tak dapat bayar, rumah sewa pun sampai 2 bulan tak bayar,telefon kena potong.Banyak betul dugaan masa tu. Suami pun pernah buka kedai makan, tapi sempat bertahan 3 bulan saja.Akhirnya terpaksa tutup, memang kami alami kerugian yang teruk.
Saya juga pernah menjual nasi campur dan kuih-muih yang semuanya saya buat sendiri di depan rumah, tapi hanya sikit jer yang terjual, banyak lauk-pauk dan kuih-muih yang tak habis. Memang sedih masa tu,namun saya tetap tak putus asa. Saya mula fikirkan idea lain, saya iklankan melalui internet. Jual ikan bilis yang telah dikopek (sampai sakit kuku mengopeknya), produk MLM yang dulu, kuih-muih, bengkung dan banyak lagilah. Alhamdulillah dapat sambutan. Namun taklah begitu lumayan, cukup sekadar untuk menampung kehidupan yang semakin meningkat kosnya.
Suami dan saya pun pernah terlibat dengan bisnes broker hartanah dan jual beli kereta baru dan terpakai. Tapi memang banyak masa terbuang begitu sahaja, pergi sana-sini, telefon sana sini. Ramai yang kononnya berminat, apabila kita dapat cari seperti yang mereka kehendaki, terus senyap macam tu saja.Bil telefon pun bukannya sikit nak kena bayar.Kereta pula hanya beberapa buah saja yang dapat jual.
Anak-anak pun makin membesar, perlu lebih banyak pendapatan untuk menampung kehidupan di Kuala Lumpur ni. Akhirnya setelah hampir 4 tahun saya tak bekerja, tahun 2007 saya mula bekerja semula. Alhamdulillah walau gaji tak besar sangat, bolehlah bantu suami.
Namun begitu, seperti yang kita tahu sekarang ni harga barang semakin naik dan mahal, semuanya menuntut perbelanjaan yang banyak utk memiliki sesuatu benda dan perkhidmatan tersebut.Walaupun saya dan suami masing-masing dah berkerja tetap juga mengalami masalah kewangan. Anak-anak pun semua dah bersekolah, lagilah kena bayar itu dan ini.
Akhirnya pada pertengahan September 2008 tahun lepas, suami saya diperkenalkan dengan produk susu alpha lipid ni. Mulanya bila suami saya bawa balik rumah, saya tak setuju. sebabnya saya ni seumur hidup memang tak minum susu, mesti muntah kalau minum. Selama 2 minggu juga suami saya suruh saya baca info susu ni. Saya tak nak dan tak percaya dengan khasiat susu alpha lipid ni. Bagi saya susu alpha lipid ni mahal sangat dan kalau buat bisnes pun takde siapa pun yang nak beli.
Namun entah macam mana, satu hari saya terdetik nak cuba minum bila suami asyik suruh cuba dulu. Lagipun saya ni dulu pernah eksiden 2 kali. Jadi sekarang ni badan selalu rasa sengal-sengal, dan bila balik kerja rasa letih dan mengantuk sangat.Lagi satu saya pun ada masalah berat badan berlebihan dan sembelit.
Apabila saya cuba minum susu alpha lipid ni, macam tak percaya saya boleh minum. Sebabnya rasa susu ni `plain` jer dan baunya pun cam vanilla dan tak berbau kuat macam susu biasa di pasaran.Bila dah amalkan susu ni, alhamdulillah berkesan.
Jadi saya pun mula menyokong dan percaya dengan keputusan suami yang nak buat bisnes susu alpha lipid ni. Dari masa ke semasa ramai yang suka dengan produk susu alpha lipid ni dan ramai yang bila dah cuba amalkan berminat juga nak jadi pengedar dan buat bisnes ni.Sambutan begitu hangat dan menggalakkan.
Namun saya dan suami tak terlepas dari mengalami dan menghadapi dari orang yang suka memprotes bisnes susu alpha lipid ni, biasalah dalam dunia perniagaan itu semua rencahnya. Betul tak?
Ada juga yang kononnya minat nak join, tapi akhirnya senyap macam tu saja. Macam-macamlah orang yang kita akan jumpa bila kita terlibat dalam dunia bisnes ni. Antaranya yang suka memungkiri janji, itu selalu saya jumpa.Sebenarnya banyak lagi kes-kes lain kita akan jumpa apabila kita masuk dalam dunia perniagaan MLM ni.
YANG PENTING kami tetap tidak berputus asa.
Berkat usaha yang gigih dan tak mudah mengalah, alhamdulillah setakat ni hampir 6 bulan terlibat dengan bisnes susu alpha lipid ni, pendapatan kami dah mencecah 5 angka. Dan dengan susu alpha lipid ni, suami saya dah menjelajah ke seluruh Malaysia dengan duit sendiri. Segala hutang-hutang dahulu dengan mudahnya kami dah boleh selesaikan.
Memang tak sangka, baru terlibat hampir 6 bulan dalam perniagaan susu alpha lipid ni gajinya dah hampir sama dengan pegawai kerajaan yang kerja berpuluh tahun (gred 54).
bersambung
Rabu, 4 Februari 2009
Perniagaan Dalam Islam
1- Rasulullah s.a.w bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya sembilan bahagian rezeki itu adalah di dalam perniagaan”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:27.
2- Abu Sa`ed Al-Khudry r.a telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. telah bersabda: “Setiap orang yang memperolehi pendapatan yang halal yang digunakan untuk makanan dirinya sendiri, membeli pakaian dan memberinya kepada sesiapa dari kalangan makhluk Allah akan ditulis sebagai satu amalan kebajikan”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:33-34.
3- Naseeh An-Ansi r.a. telah meriwayatkan daripada Rakb Al-Misri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berita gembira bagi orang yang mempunyai pendapatan yang halal”.-#Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:34.
II- Sifat Peniaga Islam
1- Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan untuk memperolehi pendapatan adalah pendapatan para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan bercakap benar dan tidak berdusta. Apabila mereka diberi amanah, mereka tidak akan mengkhianatinya, apabila berjanji mereka tidak memungkirinya, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela apa yang dibeli oleh mereka itu. Apabila mereka menjual, mereka tidak akan memuji-muji berlebih-lebihan barang-barang yang mereka jual tersebut. Jika mereka disuruh untuk membayar (hutang) mereka, mereka tidak akan berdalih-dalih dan apabila orang yang berhutang lambat membayarnya, mereka tidak akan menyempitkan di berhutang”.-#Petikan Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:77-78 dari At-Tarqhib.
2- Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur dan amanah dalam perkataan dan amalannya akan dibangkitkan di kalangan para Nabi di hari kiamat”.-# Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:29-30.
III- Kaedah dan Etika Perniagaan
1- Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah sekali-kali tidak akan berkata-kata, memandang dan menghapuskan ketidaksucian dosa-dosa tiga golongan orang. Mereka akan memperolehi azab yang pedih”. Abu Dzar r.a. pun berkata: “Celakalah mereka, siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w pun menjawab: “Pertama seorang yang menunjuk-nunjukkan kemewahannya dengan melabuhkan pakaiannya hingga melebihi paras buku lali, mereka yang tidak pernah mengambil pusing kesan ke atas orang lain akbiat tindakannya terhadap mereka dan seorang yang menjual barang jualannya dengan bersumpah palsu” (Riwayat Muslim).
2- “Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaafifin 83:1-6).
IV- Etika Kerohanian Dalam Perniagaan
1- Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada hari Kiamat para peniaga akan dibangkitkan sebagai penceroboh dan pendosa melainkan mereka yang takutkan Allah, bercakap benar dan tidak melakukan dosa-dosa semasa melakukan urusan perniagaan”.-# Dipetik dari Sheikh Muhammad Zakariyya 1996:31.
NOTA:
petikan diambil dari web:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/NYPerniagaan.html
