Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ESOK 27/11/2009-10 ZULHIJJAH 1430H



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada semua umat Islam dan memohon kemaafan andai ada salah dan silap saya pada anda semua.

Bagi yang balik kampung untuk bercuti tu, hati-hati memandu yer dan semoga selamat sampai kampung dan selamat sampai ke destinasi anda semula hendakNYa...AMIN.

Salam Aidiladha dari :
Saupi, Alin dan anak-anak.

Ahad, 22 November 2009

RISIKO TULANG RAPUH




Kajian dapati rakyat Malaysia kurang ambil kalsium iaitu cuma 300 hingga 500 miligram sehari

TUBUH manusia memiliki 206 tulang bagi membentuk keseluruhan rangka badan. Setiap daripada tulang ini berpotensi mengalami keretakan atau patah jika anda tidak menjadikan pengambilan kalsium sebagai rutin.

Tulang yang dijaga dengan baik, tidak akan merosot kepadatannya walaupun anda sudah berusia. Wanita misalnya, memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki kerana kalsium membantu pengecutan otot, pembekuan darah dan gerakan saraf.

Wanita hamil pula memerlukan kalsium bukan saja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Ketika hamil, kalsium si ibu dipindahkan kepada janin sekitar 270 miligram menjelang tempoh tiga bulan terakhir kehamilan.

Sungguhpun begitu, tidak semua wanita mengambil berat mengambil pengambilan kalsium mereka. Selepas putus haid, ketiadaan hormon estrogen menyebabkan kepadatan tulang merosot mendadak. Dengan kadar jangka hayat wanita yang lebih lama berbanding lelaki, risiko tulang rapuh lebih tinggi di kalangan wanita.

Antara komplikasi tulang rapuh yang biasa ditemui adalah patah tulang pinggul dan ia adalah masalah global. Di Amerika Syarikat misalnya, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.

Di negara-negara Asia pula dianggarkan kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan rakyat Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari - satu jumlah yang sememangnya tidak mencukupi.

Masalah tulang rapuh berlaku apabila tulang kehilangan mineral dan kurang padat. Ia menyebabkan tulang lemah dan mudah patah. Selain pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan adalah tulang yang kerap patah.

Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda.

Perlu diingat, usaha mengekalkan tulang sihat dan kuat, bukan kerja yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat seperti sehari semalam. Ia memakan masa lama dan belum terlambat bagi anda memulakannya sekarang.

Kekuatan tulang bergantung pada saiz dan kepadatannya. Kepadatan tulang diperoleh dengan bantuan kalsium yang bukan saja diperoleh daripada susu atau produk tenusu tetapi juga daripada sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan sawi. Selain itu tingkatkan pengambilan ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium.

Mengurangkan risiko tulang rapuh juga boleh dilakukan dengan meminimumkan risiko seperti tidak merokok, tidak minum arak dan mengurangkan jumlah pengambilan minuman berkarbonat serta yang mengandungi kafein.

INFO: Gejala tulang rapuh
* Sakit belakang, ia boleh menjadi lebih teruk jika berlaku keretakan.
* Ketinggian badan terjejas dan tubuh mula membongkok.
* Keretakan tulang di pergelangan tangan dan pinggul.

‘Vitamin’ tulang
* Susu dan produk tenusu
* Sayur hijau seperti brokoli dan sawi
* Ikan, buah-buahan, kekacang, vitamin D, zink dan magnesium

Sumber Dari Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091122074655/Article/index_html

Oleh Itu, Satu-satunya pilihan Terbaik dan Berkesan Yang Sememangnya Mempunyai Banyak Khasiat seperti Di Atas Tidak lain lagi, ianya adalah SUSU ALPHA LIPID, JOM AMALKAN SEKARANG, JANGAN BERLENGAH LAGI DEMI KESIHATAN DIRI ANDA DAN KELUARGA TERSAYANG.

CALL SEGERA: ALIN:012-9762351 @ SAUPI : 012-3662351
ATAU PENGEDAR TERDEKAT DENGAN ANDA SEPERTI SENARAI DIBAWAH...

Selasa, 17 November 2009

BENDA BERNILAI DI DALAM KOLOSTRUM(SUSU ALPHA LIPID)

1.ANTIBODI SEMULA JADI
Imunoglubin G
-Mengenal pasti dan menolong menghapuskan mikroorganisme patogen yang menyerang

Imunoglubin A
-Barisan pertahanan pertama terhadap penyakit yang melindungi membran mukus dan mencegah mendapan patogen

Imunoglubin M
-Memperkukuhkan phagocytosis dan menghapuskan patogen yang menyerang

Imunoglubin E
-Bertindak balas secara sensitive dengan histamine dan menentang dengan aktif terhadap parasit usus

Imunoglubin D
-Merangsangkan pengeluaran antibodi oleh limfosit

2.FAKTOR IMUN
"Faktor Imun Yang Lengkap"

3.FAKTOR PERTUMBUHAN
-Menggalakkan pertumbuhan normal dan mempercepatkan baikpulih otot,kolagen kulit,tulang,rawan dan tisu saraf yang cedera.
-Menggalakkan pembakaran lemak.
-Mengimbangkan gula darah dan mengekalkan nilai gula.
-Meningkatkan nilai `serum` dan memperbaiki emosi.
-Membentuk kecantikan muka.
-Menolong fungsi sistem imun.

Khamis, 12 November 2009

Bosan dengan perniagaan sedia ada (motivasi untuk kita semua)

Menurut seorang rakan saya yang berpengalaman dalam perniagaan, selepas kira-kira 3 tahun dalam satu-satu bidang, seseorang usahawan akan merasai satu tahap kebosanan yang tinggi.

Kebosanan inilah yang akan menyebabkan kita berfikir apa perniagaan lain yang boleh diceburi dan bagaimana untuk keluar dari perniagaan sediaada ?

Setelah membuat keputusan dalam minda kita bahawa perniagaan kita yang sedia ada ini membosankan, kita mula mencari sebab untuk mengiyakan apa yang kita telah buat keputusan berdasarkan perasaan semata-mata.

Semakin lama kita mencari alasan, semakin banyak alasan yang otak kita beri dan terima untuk mengesahkan keputusan tersebut. Akhirnya kita tinggalkan perniagaan sediaada dan memulakan perniagaan baru.

Seperti biasa, kita menjadi excited dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan baru. Selepas 3 tahun, kita akan menjadi bosan dan perkara yang sama akan berulang.

Sesudah kita menjalani 10 jenis perniagaan sebegini, akhirnya kita sedar bahawa diri kita sudah tua dan tidak mampu lagi untuk bertukar perniagaan. Pada waktu itu, kita mungkin akan menyesal. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".

Kita pula tidak akan menceritakan hal ini kepada orang yang lebih muda dari kita kerana ia seolah-olah mengaibkan diri kita. Lebih teruk lagi, jika kita menceritakan pada mereka, mereka memperlekehkan kita kerana menganggap kita kononnya memberi nasihat tetapi perniagaan kita sendiri tidak kemana.

Oleh sebab ini, tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya "perangkap bosan" ini.

Keadaan menjadi berbeza sekiranya kita kekal dalam satu-satu perniagaan untuk tempoh masa yang lama. 1000 hari pertama hanyalah permulaan untuk kestabilan satu-satu perniagaan.

Selepas dari itu, orang mula mengenali kita dengan perniagaan kita. Pelanggan kita akan menjadi semakin ramai dan kita akan menjadi semakin berpengalaman mengendalikan mereka.

Pemasaran adalah satu kaedah meletakan diri kita dalam minda manusia. Mungkin mereka tidak perlu pada hari ini, tetapi mereka akan memerlukannya selepas beberapa tahun ataupun mereka akan mencadangkan kita kepada rakan-rakan mereka.

Kembali kepada "perangkap bosan". Apa yang kita harus lakukan sewaktu kita menghadapi situasi "perangkap bosan" ini ?


Sewaktu menghadapi situasi ini, kita harus faham bahawa perniagaan kita sedang dipersimpangan untuk maju ataupun untuk lingkup. Kita harus faham bahawa "perangkap bosan" ini menandakan bahawa kita sudah mahir dalam perniagaan sedia ada. Ini adalah bagus.

Kita boleh berfikir untuk menyusun strategi baru untuk melantik orang bawah yang lebih bersemangat dan memikirkan tentang bagaimana untuk berkembang maju. Samada ke luar negara atau mencari pasaran baru atau memulakan kedai online.

Semua ini akan melipatgandakan pendapatan kita.

Kesimpulannya,

perangkap bosan = petanda perniagaan anda sedang hendak melangkah ke tangga seterusnya

Jadi, kekal dalam perniagaan sediaada selama yang mungkin. Fikir untuk maju ke hadapan.

Sekian, terima kasih

Salam Perniagaan

p/s: Terima kasih utk.`Hiven` atas motivasi ini.

Khamis, 5 November 2009

TENTATIVE ALPHA LIPID BP NOVEMBER 2009

Tarikh:6/11/09
Hari:Jumaat
Masa: 7.30pm
Tempat:Kuching Hilton,KUCHING

Tarikh:7/11/09
Hari:Sabtu
Masa:2.30pm
Tempat:Theatre Room,Marina Golf Club Sutera Harbour,KOTA KINABALU

Tarikh:8/11/09
Hari:Ahad
Masa:2.30pm
Tempat:Hotel Sandakan, SANDAKAN

Tarikh:9/11/09
Hari:Isnin
Masa:8.30pm
Tempat:SD Club, DAMANSARA

Tarikh:10/11/09
Hari:Selasa
Masa:8.30pm
Tempat:Orchid Room Bangi Golf Club,BANGI

Tarikh:11/11/09
Hari:Rabu
Masa:8.30pm
Tempat:Wisma Sejarah,KUALA LUMPUR

Tarikh:12/11/09
Hari:Khamis
Masa:3.00pm
Tempat:Restoran Garuda,Jln.Glugur,MEDAN INDONESIA





*ROYALTY PROGRAMME*-(RM20 seorang)
1.Tarikh:15/11/09
Hari:Ahad
Masa:2.00pm

*GALA DINNER ROYALTY*-(RM200 seorang,door gift 1 tin alpha lipid & Cabutan bertuah=Kereta Exora)
2.Tarikh:15/11/09
Hari:Ahad
Masa:7.30pm
Tempat: Sunway Lagoon

Tarikh:16/11/09
Hari:Isnin
Masa:8.30pm
Tempat:SD Club,DAMANSARA

Tarikh:18/11/09
Hari:Rabu
Masa:8.30pm
Tempat:Wisma Sejarah,KUALA LUMPUR

Tarikh:21/11/09
Hari:Sabtu
Masa:3.00pm
Tempat:Emerald Putri,Sungai Petani KEDAH

Tarikh:22/11/09
Hari:Ahad
Masa:3.00pm
Tempat:Auditorium Perpustakaan Negeri,Seberang Perai,PENANG

Tarikh:23/11/09
Hari:Isnin
Masa:8.30pm
Tempat:SD Club,DAMASARA

Tarikh:24/11/09
Hari:Selasa
Masa:8.30pm
Tempat:Orchid Room,Bangi Golf Resort, BANGI

Tarikh:25/11/09
Hari:Rabu
Masa:8.30pm
Tempat:Wisma Getah Asli,KUALA LUMPUR

Tarikh:26/11/09
Hari:Khamis
Masa:8.30pm
Tempat:Hotel Alson Kelana,SEREMBAN

Tarikh:27/11/09
Hari:Jumaat
Masa:8.30pm
Tempat:MITC Ayer Keroh,MELAKA

Tarikh:28/11/09
Hari:Sabtu
Masa:8.30pm
Tempat:Tropical Inn,JOHOR BHARU

Berminat nak turut serta!! call segera pengedar-pengedar yang berdekatan dengan anda seperti SENARAI PENGEDAR DI BAWAH( SEBELAH KIRI).

ATAU CALL:
SAUPI: 012-3662351
ALIN: 012-9762351

Isnin, 2 November 2009

SUSU ALPHA LIPID, PENYELAMAT SAYA DRP KENCING MANIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ok hari ni saya nak berkongsi lagi testimoni berkenaan dengan penyakit kencing manis. Harap anda semua tak boring yer...

Ini testimoni saya sendiri, maklumlah saya sekarang ni tengah mengandung (dah 35+ minggu).Untuk pengetahuan semua, saya ni memang masa awal mengandung dari anak pertama hingga sekarang dah nak masuk anak ke-4 alami alahan mengandung yang teruk sangat.

Bayangkan dulu masa anak pertama hingga anak ketiga, masa alahan mengandung mesti saya kena masuk wad, kena tambah air. Tapi bila mengandung anak ke-4 ni, nasib baik tak kena masuk wad walaupun alami alahan yang teruk juga.Mungkin sebab saya amalkan tablet alpha lipid untuk daya ketahanan dan tambah tenaga.Alhamdulillah.

Namun, masa alahan mengandung memang berat badan saya turun banyak juga, yalah dah tak ada selera nak makan. Saya cuma bertahan dengan tablet alpha lipid saja dan minum air masak dan makan roti dan buah-buahan saja.

Alahan mengandung yang saya alami berakhir bila kandungan dah masuk 5 bulan. Jadi bila takde alahan, apalagi selera makan saya pun bertambah.Saya asyik makan itu ini,langsung tak kawal dah. Kadang-kadang walaupun dah kenyang, saya tetap makan dan mengunyah tak henti-henti...tak kira tengah malam pun saya makan juga.

Akibat dari tabiat saya yang asyik makan tu, berat badan saya naik mendadak. Dari berat 51kg(Mei 2009) naik jadi 61kg(24/8/2009).Jadinya saya disyaki ada kencing manis dan dikehendaki periksa kandungan gula dalam darah pada bulan September 2009.

Saya pun risau juga mulanya, tapi apabila saya fikirkan selama ni saya memang amalkan minum susu alpha lipid, jadinya saya yakin yang saya tak mungkin ada kencing manis.

Hari ini, saya dapat keputusan dari ujian darah yang diambil hari tu, alhamdulillah memang keputusan menunjukkan saya memang tak ada penyakit kencing manis. Saya begitu bersyukur dan gembira dan bertambah yakin dengan susu alpha lipid ni.Alhamdulillah.