Isnin, 16 Mac 2009

MAJLIS ROYALTY BERLANGSUNG DENGAN GEMILANGNYA

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah akhirnya maljis royalty yang ditunggu-tunggu oleh para pengedar susu alpha lipid telahpun berlangsung dan berlalu dengan gemilang dan begitu hebat sekali sambutannya.

Begitu ramai yang hadir di The Mines Convention Center yang boleh memuatkan seramai 9000 orang tersebut.Memang begitu meriah dan hebat majlis yang berlangsung hari tersebut.

Terbalas sudah hasil keras pengedar-pengedar susu alpha lipid yang begitu gigih dan rajin selama 6 bulan yang berakhir pada semalam(15/3/09-ahad).Semua yang berusaha pasti tersenyum puas dan gembira memperolehi bonus berupa wang tunai di dalam uncang mahupun beg wang.

Apapun mari kita lihat suasana yang begitu hebat pada majlis royalty tersebut.Sebanyak RM6Juta lebih telah disediakan untuk dinikmati oleh para pengedar susu alpha lipid yang tekun,gigih dan rajin berusaha dalam bisnes ni.
Dan buat yang dapat cabutan bertuah tu,RM1,000 hingga RM5,000 memang bertuah pada hari tersebut kan....

Berita gembira yang disampaikan oleh Idola kita semua iaitu En.Nik , mulai tahun ni kita semua akan dapat royalty atau bonus sebanyak 3 kali dalam setahun. Iaitu bulan mac(dah dapat), bulan julai dan bulan november 2009. Alhamdulillah.