Jumaat, 31 Julai 2009

PESAKIT SLE BOLEH AMALKAN SUSU ALPHA LIPID UNTUK BANTU KEMBALI PULIH

KETERANGAN PENYAKIT SLE

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) – Sistem imun terganggu

Oleh ZULIATY ZULKIFFLI
am@hmetro.com.my

PENYAKIT Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau singkatannya lupus adalah satu daripada gangguan sistem imun iaitu sistem yang melawan bahagian tertentu tubuh yang sepatutnya dilindungi.

SLE boleh merebak ke beberapa bahagian tubuh seperti sendi, kulit, buah pinggang, jantung, paru-paru, saluran darah dan otak.

Penyakit ini dipercayai menyerang lebih 90 peratus wanita, terutama selepas melahirkan anak, manakala 10 peratus lagi menyerang lelaki dan kanak-kanak.

Ia juga disebabkan gangguan kompleks dan sebabnya tidak diketahui. Ada berkemungkinan ia disebabkan faktor genetik, alam sekitar dan hormon yang bergabung dan menyebabkan SLE.

Setiap pesakit mempunyai simptom berbeza; bergantung pada ketahanan badan seseorang seperti bengkak sendi, demam yang tidak diketahui puncanya, keletihan dan keterlaluan yang kemudian disertai sejenis ruam merah iaitu ‘ruam rama-rama’ merentasi hidung dan pipi.

Antara simptom lain ialah sakit dada, keguguran rambut luar biasa, anemia, ulser mulut, sakit kepala, pening, kemurungan, kekeliruan dan sawan. Lupus mungkin susah dikenal pasti kerana sering menyerupai penyakit lain.

Bagaimanapun, tanda lupus berbeza antara setiap orang dan sesetengahnya lebih teruk daripada pesakit lain. Ada yang mengalami ulser mulut, sawan tanpa sebab, masalah mental, keguguran kandungan bayi yang kerap dan masalah buah pinggang.

Jika semua tanda ini berlaku, segera berjumpa dengan pakar SLE untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

Bukan hanya satu ujian boleh menentukan seseorang itu mengidap SLE, namun ujian makmal adalah paling baik untuk mengenal pasti auto antibodi tertentu yang sering ada dalam darah pesakit, contohnya ujian ‘antinuklear antibodi’ (ANA) selalunya digunakan untuk mencari ‘auto-antibodi’ yang bertindak terhadap nukleus sel badan.

Akhir sekali, doktor akan melihat gambaran keseluruhannya — sejarah perubatan, simptom dan keputusan ujian — untuk memastikan sama ada seseorang itu menghidap SLE atau tidak.

Rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini adalah ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) bagi pesakit yang mengalami sakit sendi atau dada.

Bahkan ubat antimalaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria juga berguna untuk membantu mengatasi gejala keletihan, sakit sendi, ruam kulit dan radang paru-paru.

Selain itu, kortikosteroid boleh digunakan kerana ia bertindak dengan mengurangkan keradangan. Apabila buah pinggang atau sistem saraf pusat terbabit, sejenis ubat yang dipanggil ‘immuno-suppressive’ mungkin digunakan untuk mengawal sistem imun yang terlalu aktif.

Pemakanan untuk pesakit SLE secara amnya adalah sama seperti nasihat pemakanan bagi pesakit normal lain iaitu menekankan aspek pemakanan sihat dan seimbang.

Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut iaitu keperluan protein perlu dikira. Kes sedemikian perlu dirujuk lebih awal kepada pegawai dietetik untuk nasihat pemakanan.

Pemakanan sihat dan seimbang adalah corak pemakanan yang membolehkan badan memperoleh kalori yang bersesuaian dan empat kunci kesihatan boleh membantu seseorang itu mencapai corak pemakanan sihat dan seimbang, iaitu amalan pemakanan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti serta berupaya mengatasi tekanan dan meningkatkan amalan bersenam untuk memperoleh tahap kesihatan unggul.

Secara amnya, panduan asas untuk pemakanan sihat ialah mempelbagai makanan, makan makanan seimbang dan sederhana. Ini dapat dicapai jika seseorang itu mengamalkan corak pemakanan berpandukan piramid makanan Malaysia.

Pesakit lupus sering kekurangan tenaga dan perlu mengawal kegunaan tenaga. Dapatkan nasihat petugas kesihatan mengenai cara menangani keletihan.

Pada umumnya, pesakit berasa lebih sihat jika mereka membahagikan masa antara rehat dengan kerja, di samping pengambilan ubat. Jika anda berasa murung, kaunseling boleh membantu.

Ada juga pakar kesihatan lain seperti pakar nefrologi, jurulatih carakerja, pakar dermatologi dan pegawai pemakanan dapat membantu anda daripada aspek lain penyakit lupus.

Bersenam antara cara terbaik untuk membantu menangani lupus, selain senaman dengan bantuan juru pulih anggota.

Pesakit dengan penyakit kronik seperti lupus atau berbincang dengan pakar SLE dulu sebelum memulakan program senaman. Pesakit yang berpengetahuan dan berusaha merancang penjagaan diri kurang mengadu kesakitan.

Wanita yang ingin merancang keluarga juga perlu berbincang dengan pakar SLE untuk mendapatkan pelan rawatan sesuai. Meskipun mempunyai simptom SLE, pesakit masih boleh mengekalkan kualiti hidup tinggi dengan cara belajar mengenali tanda amaran supaya langkah berkenaan boleh diambil untuk mengurangkan gejala penyakit.

*************************************************************************************

ANTARA SEBAB KENAPA PESAKIT SLE DIGALAKKAN MENGAMALKAN SUSU ALPHA LIPID IALAH SEPERTI BAWAH;

KOLOSTRUM SISTEM PERTAHANAN SEMULAJADI
Kenapa anda perlu mengambil kolostrum setiap hari; Sekiranya anda inginkan tubuh anda yang sihat, anda perlu tahu bahawa kolostrum
# Adalah sumber semulajadi antibodi yang terbaik untuk membunuh atau meneutralkan patogen yang menyebabkan anda sakit.
#Mempunyai kandungan faktor-faktor pertumbuhan semulajadi terulung untuk menyembuh dan memelihara dinding usus anda.
#Adalah sumber semulajadi faktor-faktor imun lain yang tidak ternilai keistimewaanya bersama-sama membantu (simbiotik) produk-produk lain untuk meledakkan sistem imun anda dan menyebabkan anda kekal sihat
Hanya Kolostrum adalah produk alam semulajadi yang direka khas untuk sistem imun dan pertumbuhan mamalia.

PILIHAN (OPSYEN) IMUN
Kita berbelanja berbillion-billion ringgit terhadap produk `peledakan imun`. Sejak kebelankangan ini, jumlah produk ini telah meningkat. Apakah yang anda ambil untuk meledakkan sistem imun anda?
Tiada apa-apa? Seperti kebanyakan orang, anda juga mengabaikan fakta-fakta tentang kesan pencemaran, stres dan mikrobia.
Ada?Sebilangan kecil daripada kita mengambil tindakan. Mereka membeli produk-produk seperti multi vitamin, herba, propolis dan zink. Ini adalah tindakan merangsang sistem imun anda secara tak semulajadi.
Anda digalakkan terus mengambil produk-produk ini TETAPI anda kini mengetahui ia tidak mengandungi antibodi-antibodi terhadap metabolisma yang menyebabkan anda jatuh sakit, tidak membekalkan fakta-fakta imun dan tidak berupaya menyembuh sakit anda. Ia tidak direka semulajadi untuk meledakkan imun anda. Ia hanyalah penyelesaian terbaik sehingga kami memperolehi kaedah secara berkesan menghasilkan kolostrum: Hanya satu sahaja produk semulagi untuk sistem gastro-imun anda.

LETUPAN KOLOSTRUM!
Jika sekiranya kolostrum amat penting, kenapa tidak kesemua orang mengambilnya setiap hari? Suatu persoalan yang logik dan jawapannya juga amat mudah. Kolostrum telah digunakan sejak berabad-abad, tetapi di dalam kuantiti yang kecil. Beberapa ekor lembu menghasilkan hanya cukup kolostrum secara komersial hanya untuk membuat satu atau dua puding sahaja. Pengumpulan kolostrum secara hanya diterokai pada tahun 1990an.

SUSU IMUN
Penghasilan produk imun pertama secara besar-besaran adalah `susu imun` daripada lembu-lembu yang telah divaksinkan oleh mikrobia-mikrobia terpilih, jadi sistem imun lembu berupaya menghasilkan antibodi-antibodi secara semulajadi di dalam susu. Ini adalah kaedah yang mahal dan tidak asli, tetapi ia dapat menghasilkan suatu produk imun yang unik

PUSAT KESIHATAN ANDA
Saluran gastro- usus anda dianggap sebagai pusat kesihatan anda. Ia bermula dari mulut da berakhir pada anus (dubur) anda, namun bahagian utamnya adalah gut anda, daripada perut hingga dubur. Kesemua budaya zaman silam mempunyai pelbagai teknik, pemahaman dn amalan berfokus membantu penghadaman dan sekaligus membantu anda memiliki gut yang lebih efektif.
Adalah diketahui bahawa 80% dari penyakit bermula di dalam gut anda. Inilah tempohnya di mana kebanyakan patogen menyebabkan anda mudah jatuh sakit. Kesihatan dan ketahanan anda bermula daripada saluran gastro usus. Sekiranya anda ingin sentiasa sihat, anda mesti memiliki gut yang efektif dan seimbang.

SERANGAN PATOGEN
Kesihatan anda sentiasa diserang patogen. Patogen pembawa penyakit terdapat di mana-mana anda berada. Patogen adalah pelbagai jenis bakteria, virus, kulat dan fungus yang menyebabkan anda jatuh sakit. Anda terdedah kepada berbilion-bilion patogen setiap hari kehidupan moden yang dipenuhi tekanan melemahkan sistem pertahanan kita, jadi tidak hairanlah jika kita sentiasa jatuh sakit.
Patogen memasuki saluran usus melalui hidung, mulut, air liur anda dan makanan-minuman yang anda ambil. Sebaik sahaja di dalam usus supaya ia boleh hidup dan membiak, ia bergerak dan melekat ke dinding usus. Ia mula membiak dan menyebabkan penyakit dengan kehadiran begitu banyak patogen di dalam usus anda, tidak hairanlah usus anda menjadi fokus utama aktiviti sistem imun anda. Ia dipenuhi antibodi (imunoglobulin) dan faktor-faktor imun yang lain untuk melawan penyakit


FAKTOR IMUN MELAWAN PATOGEN!
Sebaik sahaja patogen memasuki usus, antibodi akan mengelilinginya dan melekat pada permukaannya, jadi ia tidak dapat melekat pada dinding usus dan tidak menyebabkan anda sakit. Tetapi, ia hanya melintasi sistem dan dikumuhkan daripada badan. Lebih banyak antibodi semulajadi yang anda miliki, lebih kuat sistem imun anda

IMUNISASI SEMULAJADI
Satu `keaijaiban' sistem imun kita ialah ia mengingati semua patogen yang telah didedahkan kepada kita. Jadi, apabila anda terdedah kepada patogen yang sama, sistem imun anda ` mengingatinya` , dan segera menghasilkan antibodi untuk melawannya. Ini adalah konsep penvaksinan atau imunisasi anak-anak untuk mengenalpasti patogen, supaya antibodi dapat terhasil sebelum anak-anak terdedah kepada penyakit tersebut

SISTEM IMUN ANDA
Sistem imun anda bekerja melawan penyakit sebelum mereka `menawan` tubuh badan anda dan menyebabkan anda jatuh sakit. Ia adalah begitu kompleks dan terbentuk daripada bertrillion-trillion sel, bertugas 24 jam sehari melindungi anda daripada penyakit. Imuniti anda bermula daripada usus anda

ANTIBIOTIK KIMIA
Penyelesaian rawatan perubatan untuk membunuh patogen ialah antibiotik farmaseutikal. sejak pengenalan penisilin pada tahun 1940, antibiotik telah diiktiraf sebagai jawapan kepada segala jenis penyakit kita - tetapi ini adalah tidak benar. Perlu diketahui:-
* Antibiotik hanya membunuh sesetengah jenis bakteria. Ia tidak berkesan ke atas virus atau pelbagai patogen yang lain.
* Antibiotik kebiasaannya membunuh bakteria yang baik dan yang buruh di dalam gH kita.
* Tahap bakteria menjadi kebal (imun) terhadap antibiotik amat merisaukan sehingga Pusat Kawalan Penyakit mengeluarkan kenyataan `Resident/Ketahanan Antibiotik adalah masalah utama yang melanda bangsa manusia sejagat.
Demi tujuan ini dan banyak lagi, bilangan manusia yang mencari-cari cara mengekalkan kesihatan secara semulajadi dan asli semakin bertambah. Seperti kebanyakan orang, anda mungkin memerlukan satu ledakan imun. Tetapi, di manakah anda boleh memperolehi imun yang selamat dan asli? Cuma satu sahaja penyelesaian semulajadi. Penyelesaian itu adalah KOLOSTRUM - sumber terunggul antibodi asli alam semulajadi