Rabu, 14 April 2010

LAGI KES H1N1 SEBABKAN MAUT

Peguam maut
Oleh Siti Anum Che Ab Wahab (Pelatih UiTM)
am@hmetro.com.my
2010/04/14

PUTRAJAYA: Seorang peguam dari Johor Bahru lingkungan 40-an yang dikesan mula mengalami gejala influenza like-Illness (ILI) sejak 29 Mac lalu menjadi mangsa terbaru wabak Influenza A (H1N1) yang melanda negara.

Mangsa disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal, dan turut mengalami komplikasi lain termasuk kegagalan ginjal akut dan jangkitan kuman (sepsis) sebelum meninggal dunia, 12 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kes itu adalah kematian pertama yang membabitkan HINI dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang. “Keadaan beliau yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan menjadi semakin tenat dan meninggal dunia semalam, disebabkan oleh pneumonia H1N1 dengan ‘Acute Respiratory Distress Syndrome’,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Wabak H1N1, di sini, semalam.

Beliau berkata, dua kematian sebelum ini yang membabitkan seorang ibu dan anaknya yang baru melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada 31 Mac dan 2 April lalu, bukan disebabkan oleh jangkitan virus H1N1.“Dua mangsa yang sebelum ini dilaporkan akibat jangkitan H1N1 daripada tiga kematian tahun ini tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan H1N1, tetapi yang terbaru (semalam) berkaitan dengan H1N1,” katanya.

Sebelum ini, dua beranak terbabit, Maimunah Dimah, 54, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis selepas dimasukkan ke hospital dengan simptom ILI, manakala anaknya, Sumarni Mat Nor, 29, yang sedang mengandung 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan gejala ILI dan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.

Menurutnya, sehingga 12 April, jumlah terkumpul kes jangkitan ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah 678 kes dengan 66 daripadanya adalah positif H1N1, manakala lima kes lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU).

"Rakyat tidak perlu bimbang mengenai keadaan semasa kerana masih dalam kawalan walaupun wujud sedikit peningkatan jumlah kes positif dan juga kejadian kluster yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, hasil mesyuarat berkenaan yang disertai beberapa wakil kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) membuat keputusan penutupan sekolah atau institusi adalah pilihan terakhir jika wabak itu terus merebak.

SUMBER: HARIAN METRO
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguammaut/Article

SAYA TAK AKAN JEMU MENASIHATKAN ANDA DI LUAR SANA....

Jangan biarkan wabak H1N1 menyerang keluarga anda ,sanak saudara,jiran dan rakan anda. Cegah segera dengan mengamalkan minuman kesihatan SUSU ALPHA LIPID, utk kuatkan antibodi dalam tubuh kita.Sayangilah diri anda dan keluarga tersayang.

Jangan biarkan anda kehabisan bekalan SUSU ALPHA LIPID , dirumah anda!!!