Rabu, 1 April 2009

Awas Bila Umur Cecah 30 Tahun....

Awas bila berumur 30 tahun - Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat

AMMAR JAZLAN MAD LELA
dan FATIHAH MOHAMED

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.

"Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kami semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.
***********************************************************************************

zaman sekarang tak perlu tunggu 30 tahun.... 20 something pun ramai yang dah
kena penyakit chronic.... ada yang kena heart attack even not reach 30 years pun -
or yang kena high blood pressure, diabetes etc... - sebab ramai belia2 sekarang yang cara hidup
depa tak sihat... ramai yang passive - memang ada yang active bersukan.. ada buat
riadah dan peruntukkan masa untuk kesihatan semua.. tapi in general belia kat malaysia
suka lagi pergi tempat2 hiburan.. duduk aje... or main games.. makan2....
well bab makan2 pun memang best la...ramai yang masa minum2 tu.. lagi smoking semua...
tu yang tambah macam passive aje.. - minum teh tarik roti canai semua tu - tapi
kalau dapat balance kan..... teh tarik teh tarik juga... senaman - brisk walk ke buat juga
baru hidup ceria... dapat prevent dari kena chronic diseases -

Pesanan saya: Jom kita bermula amalkan cara hidup sihat dengan mengamalkan minum susu alpha lipid, insyaallah kesihatan kita akan terjaga dan dapat mencegah penyakit