Ahad, 28 Februari 2010

JOM PELAJARI TIPS USAHAWAN BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ok jom kita pelajari dan amalkan tips serta petua untuk berjaya dari usahawan yang berjaya dan saya amat kagumi iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

50 perkara dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Maklumat tentang beliau;-

- Umur – 53 tahun- Pendidikan – SPM- Mula berniaga – 19 tahun
(jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya
di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia,
DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta – Proton Perdana- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,
institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
pengindahan Masjid Negara,sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami
dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu
untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

– Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00)
pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.
Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga
menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi
kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya.
Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal
berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu
kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu
senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.
Proses kematangan saya yang membezakannya. S aya percaya sesiapa
pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan
tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui
jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana
mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita
kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan
mereka.Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok.Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang
tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star.Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik.Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang
saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramaijuga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik.Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok.Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun.Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.Kalau anak dangau macam saya boleh,tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada 0rang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sumber: http://jerungperkasa.com/internet-marketing/50-perkara-dari-syed-mokhtar-al-bukhary-orang-melayu-wajib-tahu



p/s: Alhamdulillah saya berjaya juga mempratikkan apa yang dibuat oleh usahawan yang saya kagumi ni...

Rabu, 10 Februari 2010

JOM KURUSKAN BADAN TANPA MENJEJASKAN KESIHATAN TUBUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bagi yang sedang tercari-cari produk untuk menurunkan berat badan anda atau bagi yang dah kurus tapi nak kekal langsing tanpa menjejaskan kesihatan....

Ada caranya, jangan risau dan pening kepala serta was-was..

Caranya..

Anda boleh amalkan Susu Alpha Lipid Dan Slim Diet II (alpha lipid).DIJAMIN TUBUH ANDA AKAN LANGSING DALAM MASA TAK SAMPAI 10 HARI.

Sebab mengapa saya galakkan anda mengamalkan susu alpha lipid dan SD2 secara bersama adalah kerana:-

-APABILA MINUM SUSU ALPHA LIPID IANYA DAPAT MENCEGAH PENYAKIT DAN MERAWAT SERTA MENYEMBUHKAN PENYAKIT(BAGI YANG ADA PENYAKIT).
-SUSU ALPHA LIPID JUGA MENCANTIKKAN DAN MENGHALUSKAN KULIT MUKA DAN TUBUH.
-SD2 DAN SUSU ALPHA LIPID JIKA DIAMALKAN BERTERUSAN DAN IKUT CARA YANG BETUL,ANDA AKAN MEMILIKI TUBUH YANG LANGSING SECARA SIHAT, ANDA TIDAK AKAN TERASA LAPAR KERANA TERPAKSA MENGIKAT PERUT,TIDAK PERLU KERAP BUANG AIR BESAR(SPT.PRODUK KURUS LAIN YANG ADA DI PASARAN),TIDAK AKAN ALAMI SENAK PERUT,TIDAK PERLU TERLALU KETAT KAWAL PEMAKANAN.
-YANG PASTI KITA KURUS SECARA SIHAT, TUBUH TAK LETIH,KESIHATAN TERJAGA,BADAN CERGAS SERTA MUKA BERSERI DAN KULIT TAK MENGGELEBER.


Nota:
1.Amalkan Susu Alpha lipid 2 kali sehari(Pagi dan Malam)
2.Slim Diet II(SD2), amalkan 4 kali sehari.(pagi,tengahari,petang dan malam)

Jom layari blog pengedar saya yang baru join jadi pengedar alpha lipid (AYU). Baru saja join dah berminat nak buat bisnes dan sudahpun menjadi supervisor sebab tahu akan keberkesanannya dan tahu perniagaan alpha lipid miliki peluang cerah untuk berjaya dan mempunyai pendapatan yang lumayan.

BLOG AYU
http://alphalipid-ayu.blogspot.com

Isnin, 8 Februari 2010

TESTIMONI SD2 ALPHA LIPID

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ok kali ni nak kongsikan testimoni saya sendiri yang mencuba produk baru New Image iaitu Slim Diet II.

Sebelum mencuba produk SD2 ni saya memang amalkan susu alpha lipid untuk kesihatan tubuh saya termasuk untuk turunkan berat badan saya. Terdahulu berat saya 56kg,semalam saya beranikan diri untuk timbang badan saya nak lihat hasilnya...dah turun jadi 54kg.Maksudnya dalam masa sebulan turun 2kg.berat badan saya.Gembira rasanya, walaupun penurunannya tak secepat SD2. Iyalah saya ni bagi susu badan kat baby, jadi tak bolehlah pentingkan diri sendiri, kena juga bagi khasiat yang sebaiknya kat baby. Sebab itulah saya tak amalkan produk SD2 dalam tempoh tersebut.

Sekarang ni baby dah minum susu tepung sepenuhnya, jadi saya pun apa lagi terus mecuba produk SD2 yang begitu panas dipasaran sekarang ni..hehe
Buat masa sekarang saya baru 7 hari(seminggu) minum SD2 ni, memang waktu mula nak minum rasa tak boleh nak hidu dan telan...maklumlah saya ni memang tak pernah dan tak boleh minum susu sebelum ni. Dulu pun masa mula nak minum susu alpha lipid macam ni juga, saya paksakan diri demi kesihatan tubuh.Akhirnya boleh juga dan begitulah dengan produk SD2 ni.

Apa yang best sangat, dalam masa seminggu saya minum SD2 berat saya dari 54kg dah turun jadi 53.5kg.Memang berkesan!!! Yang penting kita kena ikut cara minum yang betul dan jaga pemakanan sama, baru berat badan yang kita idamkan akan tercapai. Lagi satu jangan pula bila amalkan SD2 ni, susu alpha lipid terus tak minum, tak boleh macam tu.Susu alpha lipid tetap kena minum untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita.

*UNTUK KESIHATAN TUBUH YANG BAIK DAN MILIKI BERAT BADAN YANG IDEAL*
Mulakan pagi anda dengan meminum segelas susu alpha lipid dan selepas beberapa minit baru minum SD2 untuk langsingkan tubuh anda dengan cepat dan secara sihat.

Ok bagi yang nak cuba tunggu apa lagi, jom order sekarang!!!