Khamis, 28 Januari 2010

SOALAN DAN JAWAPAN: SLIM DIET II (ALPHA LIPID)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berikut adalah soalan pelanggan berkenaan dengan SLIM DIET II (ALPHA LIPID):

SOALAN PUAN JAMILAH;
Bolehkan ibu yang sedang menyusukan bayi amalkan produk SLIM DIET II?

JAWAPAN;
Ok untuk ibu-ibu mengandung atau menyusu, SLIM DIET II (SDII) memang tak dibenarkan dan digalakkan.Ini adalah kerana pengambilan SDII perlukan penggunanya untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat. Bila karbohidrat kurang, badan kita tak dapat keluarkan susu...

Walaubagaimana pun jangan bimbang, sebabnya puan boleh amalkan Susu Alpha Lipid (kolostrum) yang sememangnya bagus untuk ibu-ibu mengandung atau menyusu. Selain meningkatkan antibodi, melawan pelbagai penyakit dan membekalkan zat2 penting untuk tubuh kita dan baby , Alpha Lipid juga boleh membantu penggunanya mendapatkan berat badan yang ideal dan yang sepatutnya. Cuma tak secepat SDII saja.

Jika berminat boleh call atau ym saya yer


012-3662351(saupi)
012-9762351(alin)
*atau pengedar-pengedar di bawah yang terdekat dengan anda*

Isnin, 25 Januari 2010

BABY ALPHA LIPID- NUR IRDINA ZULFA BINTI SAUPI

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Ok saya saja ingin berkongsi dengan anda semua,melihat baby saya yang hari ini sudah genap berusia 2 bulan (hari ke-60).

Alhamdulillah baby saya sihat dan makin cergas dengan tubuhnya mempunyai antibodi yang kuat.Baby Nur Irdina Zulfa memperolehi khasiat susu alpha lipid melalui susu badan.Ibunya (sayalah tu), sentiasa mengamalkan minum susu alpha lipid setiap hari untuk kesihatan saya serta baby sekali.

Baby Nur Irdina Zulfa kini yang berusia 60 hari(2 bulan), beratnya telah pun mencecah 5.2kg. Alhamdulillah bertambah montel mengalahkan kakak-kakak dan abangnya masa dorang kecil dulu.


BABY ZULFA

Khamis, 21 Januari 2010

SEBARKAN KEBAIKAN SUSU ALPHA LIPID

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Anda Nak Sihat?
Anda Nak Mencegah Penyakit?
Anda Nak Cantik?
Anda Nak Hilangkan Jerawat Degil diMuka Dan Tubuh?
Anda Nak Bertenaga dan Cergas?
Anda Nak Tidur Lebih Lena dan Nyenyak?
Anda Nak Meningkatkan Daya Ingatan/IQ Untuk Anak-anak?
Anda Nak Haluskan Kulit Tubuh Dan Nak Awet Muda?
Anda Nak Kurangkan Berat Badan?
Anda Nak Tambahkah Berat Badan?
Anda Nak Lagi dan Lagi....?

JAWAPANNYA ANDA KENA AMALKAN SUSU ALPHA LIPID LIFE, SEBABNYA SEMUA YANG ANDA INGINKAN UTK MENJAGA KESIHATAN DIRI ANDA ADA TERDAPAT DALAM SUSU ALPHA LIPID.

Dengan mengamalkan susu alpha lipid cuma RM180 setin, anda tak perlu lagi nak keluarkan duit yang banyak setiap bulan untuk membeli barangan lain seperti segala jenis supplement dan vitamin,produk penjagaan kosmetik,produk pelangsingan yang buatkan anda terpaksa selalu ke tandas,serta bagi yang ada penyakit berbahaya pula anda tak akan bergantung selamanya pada ubatan doktor, insyaallah penyakit yang anda alami akan sembuh dan dos ubatan yang selalu diambil dapat dikurangkan (bukan berhenti ubat doktor terus, jangan salah faham)serta banyak lagi kebaikan dan keistimewaan SUSU ALPHA LIPID ni.

Jadi apalagi, JOM KITA SEBARKAN KEBAIKAN SUSU ALPHA LIPID NI PADA SESIAPA SAJA...WANG ANDA TAK AKAN RUGI DENGAN MEMBELI SUSU ALPHA LIPID SEBALIKNYA LEBIH JIMAT DARI PERBELANJAAN ANDA SETIAP BULAN SEBELUM INI...

PeSaNaN sAyA: kAlAu NaK bEli DeNgAn LeBiH mUrAh, JoM SeRtAi SaYa JaDi AhLi AlPhA LiPiD SeKaRaNg!!!!

Isnin, 11 Januari 2010

MUKA BERSIH BERSERI SERTA KULIT HALUS DENGAN MASKER SUSU ALPHA LIPID

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ok kali ni saya nak berkongsi petua dengan anda semua yang sudah amalkan minuman kesihatan susu alpha lipid ni. Bagi yang dah minum susu alpha lipid dan masih setia lagi dengan produk ni,baguslah anda semua memang sayangkan tubuh anda. Yalah apa taknya, walaupun ada yang kata susu alpha lipid ni mahal tapi anda tetap terus amalkan susu alpha lipid ni.

Saya tahu, sebabnya anda dah tahu akan keistimewaan susu alpha lipid ni kan...Bagi mereka yang dah minum, tapi berhenti sekerat jalan biarkan mereka. Kita jaga tubuh kita sendiri kalau dah mereka tak berminat nak sayangkan tubuh mereka sendiri...

Bagi yang setia amalkan susu alpha lipid ni,ada petua atau cara yang patut anda semua lakukan selepas habis minum susu alpha lipid ni.

Caranya:
Setiap kali lepas minum susu alpha lipid pasti ada sisa baki buihnya yang melekat di shaker atau gelas yang kita minum tu. Jangan dibuang dan dibiarkan sisa buih itu, anda harus ambil buihnya dan sisa susu yang berbaki tu sapukan di muka serata-ratanya.Buat macam masker dan biarkan ia kering dimuka sehingga 5 minit baru cuci.

HASILNYA KALAU ANDA LAKUKAN SELALU,KULIT MUKA AKAN JADI CERAH BERSERI,KULIT HALUS,PORI-PORI MUKA MENGECIL DAN JERAWAT PUN HILANG.YANG PASTI KITA NAMPAK LEBIH AWET MUDA GITU!!!

TAK PERCAYA??? KENA PERCAYA SEBAB SAYA DAH PUN BUAT, HASILNYA BOLEH DILIHAT DALAM MASA 7 HARI SAHAJA.


Bagi yang belum mencuba dan berminat nak order susu alpha lipid ni, jom dapatkan sekarang, memang berbaloi-baloi...

Call segera:-
saupi:012-3662351
alin:012-9762351

atau pun boleh call pengedar yang terdekat dengan anda seperti senarai pengedar di bawah(sebelah kiri)

Khamis, 7 Januari 2010

SD2 -ALPHA LIPID LIFE (produk terbaru untuk menguruskan badan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena dengan tahun baru ni, NZ NEW IMAGE memperkenalkan produk terbarunya iaitu SLIM DIETII(SD2).
Ianya merupakan formula pelangsingan badan terpantas didunia.

SLIM DIETII (SD2)-
WM: RM144 (HARGA AHLI: RM108)
EM: RM153 (HARGA AHLI: RM115)


JOM BACA PENERANGAN KAT BAWAH;

Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:Formula Pelangsingan Terpantas Di Dunia!

*Memegang Rekod Dunia dengan penurunan berat badan 64kg dalam masa 1 bulan
*Melangsingkan badan secara sihat & semulajadi dengan program slim diet kami yang amat ringkas & mudah
*Sihat dengan zat-zat pemakanan yang seimbang
*Kadar penurunan berat yang seimbang & sekata, tiada masalah kulit kendur & berkedut
Masalah kesihatan yang dialami bertambah baik tanpa disedari


SEBAB UTAMA ANDA PERLU AMALKAN SD2 UTK MENGURANGKAN KADAR LEMAK DALAM TUBUH ANDA DAN MELANGSINKAN TUBUH ANDA ADALAH KERANA;-

-Selamat dan efektif kerana bersumberkan alam semulajadi
-Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum
-Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom
-Tidak menyebabkan otot menggeleber atau kendur melainkan otot dan kulit yang mantap
-Nyahtoksik dan pembersihan sistem badan berlaku secara spontan
-Program yang menawarkan galakkan hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori
-Berdasarkan jumlah jualan di Asia-Pasifik, produk penurunan berat badan Nz New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak diseluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran
-Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan dan menjimatkan
-SDII adalah program menurunkan berat pertama di dunia yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah
-Memegang catatan Word Guiness Book of Records kategori penurunan terpantas
-Kunci kejayaan SDII ialah : turunkan diet karbohidrat + kurangkan lemak
-Penurunan purata 1 minggu + 3kg adalah pasti! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlapar


Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya’allah. Ianya tidak menyebabkan:

Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

Protin
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘pertama’ kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.

CARA MENGAMALKAN SD2 DENGAN LEBIH BERKESAN;-

Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah Satu, Dua dan Tiga

1– Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 – 250 ml air sejuk.

2 – Kurangkan makanan berlemak dan bergula.

3 – Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk tenaga tinggi dan tubuh yang ramping lagi sihat.

Pengambilan buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 – 35 gram.

Perhatian!

-Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
-Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
-Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.

Selasa, 5 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum...

Nampaknya kita dah masuk tahun baru iaitu tahun 2010, dan belum terlewat saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semuanya...

Mesti dah masuk tahun baru ni, ramai yang ada azam baru kan?
Apa agaknya azam anda tahun ni...Azam tahun lepas dah tercapai ke? Kalau dah tercapai baguslah yer...Kalau belum
bolehlah dibawa ke tahun ini pula kan...yang penting kita ada azam dan cita-cita serta matlamat hidup untuk mengubah kehidupan kita...

Macam saya, biasalah pun ada azam baru.Azam saya banyak, salah satunya ialah utk terus berusaha maju dan berjaya dalam perniagaan ALPHA LIPID ni.Semoga impian saya akan tercapai hendakNYA AMIN.

Lagi satu, azam saya ialah untuk kurangkan berat badan saya ni..hehehe
Maklumlah baru lepas bersalin kan, kenalah jaga penampilan diri serta jaga badan.Selain untuk nampak lebih yakin apabila badan kembali langsing, ianya juga untuk kesihatan diri juga. Bahaya kalau berat badan lebih dari yang sepatutnya, macam-macam penyakit zaman sekarang ni.

Tapi saya buat masa ni taklah bimbang sangat dengan berat badan, sebabnya saya amalkan minum susu alpha lipid.Jadinya saya yakin berat badan saya akan kembali langsing seperti sebelum bersalin. Bayangkan berat saya semasa nak bersalin ialah 68kg (berat betul), sekarang walaupun masih lagi dalam tempoh berpantang (hari ke -40 ), berat saya dah turun jadi 56kg. Saya target nak turunkan hingga 50kg, ada lagi 6 kg saya perlu kurangkan.Insyaallah nanti bila dah capai 50kg saya updated kan yer...

JADI BAGI YANG MINAT NAK LANSINGKAN BADAN, APA LAGI JOM AMALKAN SUSU ALPHA LIPID, SELAIN TUBUH LANGSING, BADAN PUN CERGAS DAN MENCEGAH PENYAKIT.