Sabtu, 28 Mac 2009

JIKA GAGAL,BOLEH CUBA LAGI.....

Saya tahu pasti setiap pengedar susu alpha lipid pernah hadapi situasi gagal ni. Saya juga begitu...

Walaupun kita tidak mengharapkan kegagalan, namun kita mesti bersedia dengan kegagalan. Jika ada yang berjaya di dalam bisnes MLM khasnya susu alpha lipid ni, sudah tentu ada yang gagal.

Adakah kita yang akan menjadi salah seorang yang gagal itu? Bagaimana jika gagal? Bila gagal, jangan terus putus asa,kita perlulah bangun semula dan mencuba untuk sekali lagi.Itulah antara ciri-ciri peniaga yang berjaya,insyaallah.

Jatuh bangun di dalam perniagaan adalah perkara biasa, bukannya perkara luarbiasa. Bagaimanapun oleh kerana hampir tiada risiko dlm bisnes susu alpha lipid ni, jika kita gagal, kita hanya akan kerugian masa dan tenaga saja. Kita tidak ada stok yang perlu dilelong untuk menyelesaikan hutang kerana kita tidak menyimpan stok dan tidak berhutang dengan sesiapapun.

Kegagalan yang telah dialami bukanlah untuk selama-lamanya dan bukan untuk menghalang langkah kita seterusnya, melainkan kita membenarkan dan mengganggap begitu. Cara yang sebaik-baiknya ialah kegagalan tu, hendaklah dipelajari dan dilupakan dengan serta merta.

Bila Kita melupakannya serta-mereta kita tak akan dibayangi oleh kegagalan itu yang selalunya kita ragu-ragu utk bertemu dengan bakal pembeli/tajaan lain.Lebih malang lagi, jika tak dihapuskan, ia akan menjadikan kita putus asa.

Kegagalan hendaklah dipelajari dan dilupakan sama sekali.KEJAYAAN HENDAKLAH DIPELAJARI DAN DIINGATI.

Cuba kita bandingkan dengan orang yang menceburi perniagaan lain, kita jauh lebih beruntung kan?....Cuba fikir-fikirkan....

ORANG BRUNEI PUN SEMAKIN YAKIN PRODUK SUSU ALPHA LIPID

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Susu alpha lipid semakin diterima juga di negara Brunei, pengedar dalam TEAM saya pun ramai yang selalu dapat oder dari orang-orang Brunei. Alhamdulillah ternyata memang produk susu alpha lipid ni memang diyakini khasiatnya dan keberkesanannya.

Terima kasih pada orang-orang Brunei yang sentiasa berhubung dengan TEAM saya. Semoga anda semua terus setia bersama kami ya...