Rabu, 25 Mac 2009

MOTIVASI UNTUK SAYA DAN JUGA UNTUK ANDA PENGEDAR SUSU ALPHA LIPID

Assalamualaikum

Ok, pernah tak anda masa sembang dengan rakan atau saudara berkenaan dengan cara nak cari duit utk lebih banyak pendapatan, mereka akan berkata seperti dibawah;

"Buat apa cari duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk ke dalam kubur"...

Mesti ada kan??

Kita perlu faham hal ini, wang adalah alat. Sebagai alat, ia memberikan kita banyak kemudahan dan pilihan. Oleh itu,kita perlu tahu kenapa kita perlu kaya.

Sekiranya kita mempunyai kekayaan, kita boleh membantu ramai orang. Kita boleh memberi pendidikan yang baik pada anak-anak kita, membantu keluarga kita, ibu bapa serta saudara mara kita yang memerlukan. Yang penting ia boleh membantu meningkatkan imej agama dan bangsa kita.

SEKIRANYA KITA MENANAM BENIH-BENIH KEGAGALAN DALAM MINDA, KITA PASTI BERTEMU KEGAGALAN. TETAPI SEKIRANYA KITA MENANAM BENIH-BENIH KEJAYAAN, KITA PASTI MENUAI KEJAYAAN, INSYAALLAH.