Selasa, 11 Ogos 2009

TANDA-TANDA INFLUENZA H1N1

Nampaknya semakin lama semakin kritikal virus H1N1 ni merebak dan menyebabkan maut pada rakyat malaysia dan seluruh dunia.Kita semua harus sentiasa memastikan diri kita dan ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan dan jiran menjaga kesihatan tubuh agar tidak dijangkiti virus bahaya ini.

Antara tanda-tanda Virus H1N1 ialah;
-demam panas,
-selsema,
-batuk,
-sakit kerongkong,
-susah bernafas,
-sakit sendi,
-sakit kepala,
-pening,
-cirit-birit atau muntah

Anda semua dinasihatan terus berjumpa doktor jika ada tanda-tanda seperti diatas.

Bagi yang telah dijangkiti Influenza H1N1 anda perlu mengambil tindakan seperti dibawah;

-Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
-Memakai penutup mulut dan hidung (“mask”) yang sesuai bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.
-Mengasingkan diri dari ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga sembuh.
-Tidak pergi ke tempat-tempat awam termasuk gedung membeli-belah, taman rekreasi dan sekolah.
-Tidak menghadiri perkumpulan keluarga dan majlis-majlis kenduri.
-Tidak melawat pesakit di hospital.

Oleh kerana penyakit Influenza A (H1N1) sangat mudah berjangkit dan mampu menjejaskan aktiviti harian bagi ramai pesakit, marilah kita sama-sama mengamalkan kebersihan diri yang baik bagi mencegah jangkitan dengan:

-Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkan tangan
-menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
-Menggunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman jika tiada kemudahan mencuci tangan.
-Menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu apabila bersin atau batuk dan segera
-membuang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
-Mengelakkan dari mendampingi orang yang mempunyai tanda-tanda influenza.
-Mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

JANGAN LUPA,MARILAH KITA MENGAMALKAN SUSU ALPHA LIPID UNTUK MELINDUNGI DAN MENCEGAH VIRUS YANG SANGAT BERBAHAYA INI.