Isnin, 7 September 2009

JUS TEMBIKAI ALPHA LIPID

Assalamualaikum...

Ok sempena dengan bulan Ramadan ni,tentu kita selalu fikirkan menu air apa nak diminum bila berbuka puasa nanti kan.

Saya ada idea bagi yang ingin mencuba menu air baru sewaktu berbuka. Anda boleh cuba buat sendiri jus tembikai alpha lipid, ianya begitu sedap lagi berkhasiat. Tak percaya, cuba buat dahulu, pasti terangkat...
Jom tengok kat bawah:-



Resepi Jus Tembikai Alpha Lipid
Bahannya(utk 1 jug );
1/2 biji buah tembikai segar -dipotong kecil-kecil
4 sudu besar gula pasir
2 skup susu alpha lipid
1 gelas air masak mati @ air sejuk(dari peti ais)

Caranya;
Masukkan semua bahan dalam blender dan blender semuanya sampai sebati.
Dah siap blender,masukkan dalam jug dan tambahkan air sejuk dari peti ais ataupun ais kiub.
Siap utk dihidangkan.

Nota:
1.Boleh diminum tanpa ais atau dengan ais, memang sedap dan banyak khasiatnya.
2.Bayangkan seharian berpuasa, bila berbuka didahulu jus tembikai alpha lipid,memang ianya bantu cuci usus kita dan beri tenaga dan kesegaran.
3.Boleh juga diminum waktu pagi pada bulan tak puasa dan bila-bila masa sahaja.
4.Selain tembikai,alpha lipid juga boleh dibuat jus orange,mangga,nanas dan apa-apa jer, asalkan ianya dibancuh dengan air masak mati atau sejuk.Ianya memang sedap dan khasiatnya tetap terpelihara.

JOM TRY, MEMANG SEDAP DAN PENUH DENGAN KHASIAT...