Rabu, 21 Julai 2010

NOTIS PENAMATAN KEAHLIAN (SURAT DARI N.Z NEW IMAGE S.B.)

Ok di sini saya ingin maklumkan pada semua pengedar di dalam kumpulan saya (sebagai ingatan agar tidak ada perkara berbangkit pada masa akan datang yer..)

Saya `copy` semula isi kandungan surat dari pihak HQ(NEW IMAGE) :-

NOTIS PENAMATAN KEAHLIAN

Kami sedang menjalankan rutin tahunan untuk mengenalpasti aktiviti ahli kami. Anda harus aktif dari tempoh Julai 2009 hingga Jun 2010. Sekiranya anda gagal aktif dalam tempoh itu, keahlian anda akan ditamatkan dan anda akan kehilangan semua manfaat dan keistimewaan keahlian anda. New Image menghargai keahlian anda dan kami ingin melanjutkan tempoh masa sehingga 23 Julai 2010 kepada anda untuk mengaktifkan semula keahlian anda. Selepas tarikh ini, semua data ahli dalam sistem akan dikemaskini. Jika anda gagal reaktif dalam waktu yang ditetapkan, keahlian anda akan dihentikan tanpa sebarang notis. Sila ambil tindakan dan menyerahkan jualan anda dalam jangka masa yang ditetapkan untuk terus menikmati komisen dan faedah lain.

TERIMA KASIH.

Ahad, 18 Julai 2010

PENCURI DIKEHENDAKI POLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Harap para pembaca blog saya tidak terkejut dengan tajuk di atas yer....
Mesti anda semua pelik kan macam mana blog alpha lipid boleh berkait dengan pencuri pulak...hehe....

Sebenarnya saya sekadar ingin membantu seorang saudara kita yang rumahnya telah dipecah masuk oleh 2 orang pencuri tersebut. Iyalah hanya ini yang mampu saya tolong.

Ini kenyataan dari tuan rumah tersebut:-

kat bawah ni footage pencuri yg pecah masuk rumah aku kat Pandan Mewah hari rabu 14/7/2010 between 8pm-8:20 pm..
kalau ada sesaper yg stay area ampang/pandan mewah/pandan indah/tmn putra yg cam atau kenal salah seorang dari mereka ni.. tolong contact balai polis pandan indah 03-9274 2514 tq ya.






lagi kenyataan tuan rumah:-
Tadi aku view CCTV dgn management office.. Ada lagi footage 2 malaun neh yang lain.. Sebelum dan selepas kejadian.. Mcm mana aku tau ini keje dorang? Ada footage yg budak belakang tu naik tangga ke floor aku tangan kosong, turun dgn helmet itam aku, dgn backpack aku.. Apa ada dlm backpack tu? Barang2 kemas bini aku, 3 laptop,jam aku dgn satu set kunci umah.. Est 20K kerugian..


Bagi yang pernah melihat 2 lelaki di dalam gambar tersebut( wanita cina dlm gambar tu tiada kena mengena dengan kes kecurian ini ya), minta tolong anda dapat segera telefon balai polis pandan indah 03-9274 2514. Semoga dengan maklumat yang anda berikan dapat menolong saudara kita yang telah alami kerugian akibat kes kecurian tersebut.

Ok harap dengan memasukkan dlm blog ALPHA LIPID saya ni sedikit sebanyak dapat membantu pencuri ni dikesan dan ditangkap segera. Dan dapat juga anda semua berhati-hati dengan pencuri tersebut.

Sekian dari saya, Terima kasih.