Selasa, 9 November 2010

MASIH ADA YANG MENJUAL HARGA BEGITU RENDAH PADA BUKAN AHLI

Assalamualaikum...

Nampaknya sudah begitu lama saya tidak mengemaskinikan blog saya ni yer....maaf pada semua...

Ok pada kesempatan ini, saya sebenarnya dikejutkan oleh sms dari seorang bakal pelanggan alpha lipid dan SD2 tadi (tapi tak jadi membeli dari saya). Sebabnya beliau ingin membeli daripada saya dengan harga yang begitu murah sekali!!!

Saya sebenarnya masih terkejut dengan harga yang beliau tawarkan untuk membeli daripada saya...
Apa tidaknya, bayangkan susu alpha lipid yang harga pasaran RM180/tin dicadangkan RM105/tin manakala SD2 yang harga pasaran RM144/tin dicadangkan RM85/tin!!! Wah begitu terkejut betul saya, apa tidaknya harga ahli yang kita beli pun lagi mahal dari harga yang beliau cadangkan untuk dijual padanya.
Dari apa yang diberitahu olehnya, dia boleh dapat dengan harga ni dengan orang lain (saya tak tahu sama ada betul atau tidak), kalau betul seperti yang beliau beritahu saya tu, nampaknya masih ada rupanya para pengedar yang SUKA MENGANIAYAI PENGEDAR LAIN dan TIDAK CERDIK SERTA MERUGIKAN DIRI SENDIRI dalam membuat perniagaan Alpha Lipid ni.

Tak sangka ada lagi golongan bengini yang MELINGKUPKAN PERNIAGAAN orang lain. Sudahlah diri sendiri rugi, orang lain pun terpaksa tanggung kerugian akibat perbuatan pengedar yang suka menjual dengan harga yang tak munasabah itu.

Kesimpulannya kalau ada pelanggan lain yang inginkan harga yang tak munasabah tu daripada saya, baik anda lupakan hasrat tersebut ya...sebabnya saya ni berniaga kalau nak jual murah mana saya nak dapat untung???

Kalau saya nak tolong orang yang betul-betul perlukan pertolongan, saya lebih suka sedekahkan sahaja alpha lipid tersebut tanpa meminta apa-apa wang dari pihak berkenaan.

Ok itu saya luahan saya di kesempatan ini.

HARAPNYA DENGAN PENDEDAHAN SAYA NI, PIHAK SYARIKAT NEW IMAGE DAPAT MEMANTAU PARA PENGEDAR YANG MASIH LAGI SUKA MENJUAL DENGAN HARGA MURAH PRODUK NEW IMAGE YER...

P/S: KHABARNYA DULU SYARIKAT NEW IMAGE ADA MELANTIK PASUKAN PENYIASAT DAN PEGUAM BAGI MENJAGA KUALITI PRODUK ALPHA LIPID DAN SD2 DLL PRODUK NEW IMAGE, SUPAYA TIDAK ADA PIHAK YANG SUKA-SUKA MENJUAL DENGAN HARGA MURAH....