Rabu, 23 Disember 2009

DENGAN SUSU ALPHA LIPID, MUDAH BERSALIN DAN CERGAS DALAM PANTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya dah lama yer saya tak update blog ni, bukan apa sejak dapat baby baru ni tak berkesempatan nak update blog ni..

Ok utk makluman semua, saya ni sebenarnya masih lagi dalam tempoh pantang..saya baru jer melahirkan bayi perempuan(anak ke-4) pada 27/11/09(jam 11.19am, pagi jumaat hari raya haji lepas).Jadi hari ni hari ke 27 lah saya berpantang.

Jadi dengan perkembangan terbaru tentang diri saya ni, saya suka sangat ingin berkongsi dengan anda semua tentang istimewanya khasiat SUSU ALPHA LIPID ni.Ianya juga adalah dari testimoni dan pengalaman saya sendiri yang tak pernah `miss` minum susu alpha lipid setiap hari.

Utk pengetahuan anda, saya amalkan susu alpha lipid dari sebelum hamil, semasa hamil, sampailah sekarang dalam pantang.Masa hamil saya memang tak minum susu lain selain susu alpha lipid sebabnya semua khasiat yang diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi dalam kandungan memang dah ada dalam susu alpha lipid ni, tak perlu pening kepala nak beli susu lain dan segala supplement lain.

Bayangkan masa pagi jumaat hari raya haji tu,saya dengan selamba macam biasa boleh panaskan rendang dan gulai daging lagi dan makan bersama ketupat. Takde pun rasa sakit walaupun dalam hati saya dah boleh agak mesti saya akan bersalin hari ni.Walaupun due saya bersalin adalah pada 2/12/09. Lepas jer dah makan kenyang ketupat, baru saya bersiap dan pergi hospital,sempat lagi tu bersolek dan bergaya dengan baju mengandung `ala baju mengandung raya`...hehe

Bila sampai hospital jam 8.50am, memang kena terus masuk bilik bersalin sebab dah buka 4cm pun. Tepat jam 11.19am saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg. Alhamdulillah, dan saya pun macam tak percaya begitu mudah dan senang saya bersalin, apa taknya dulu tiga orang anak saya semuanya bersalin lepas dari due sebenar, mesti akan lebih 5 hari atau 2 hari dari due bersalin. Tapi kali ni awal seminggu pula bersalin. Lepas tu rasa mudah sangat masa nak bersalin tu, takde pun perlu rasa sakit lama.Alhamdulillah bersyukur sangat saya, bayi pun sihat.

Sekarang dalam tempoh berpantang, saya memang tak amalkan apa-apa jamu lagi,cuma minum susu alpha lipid saja setiap pagi, lepas 30 hari baru saya akan makan jamu.Walau tak makan jamu, tubuh saya rasa bertenaga dan cergas langsung takde rasa letih dan pening kepala macam kebiasaan wanita dalam tempoh berpantang.

Bayi saya pun sihat, cuma ada alami penyakit kuning (jaundice) sedikit saja tak tinggi pun. Itupun cuma 2 hari saja bawa pergi klinik untuk pemeriksaan, selepas tu dah takde lagi penyakit kuning tu dan tak perlu bawa ke klinik lagi.Alhamdulillah.


BABY ALPHA LIPID-NUR IRDINA ZULFA