Selasa, 15 September 2009

KEGAGALAN PERLU DIPELAJARI DAN DILUPAKAN DENGAN SERTA MERTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebagai pengedar alpha lipid tentu kita semua pernah alamai kegagalan dalam menjual dan memperkenalkan produk kita ni kan...

Namun begitu kegagalan yang telah kita alami bukanlah untuk selama-lamanya dan bukan untuk menghalang langkah kita seterusnya,melainkan kita membenarkan dan menganggap begitu. Cara yang sebaik-baiknya ialah kegagalan yang kita alami tu, perlu kita pelajari dan perlu dilupakan dengan serta merta juga.

Dengan melupakannya serta-merta kita tidak akan dibayangi oleh kegagalan itu yang selalunya kita ragu-ragu untuk menemui bakal pembeli/tajaan yang lain. Lebih malang lagi, jika tidak dihapuskan, ia akan menjadikan kita mudah putus asa.

Sama halnya juga dengan kejayaan.Setiap kali selepas kita berjaya menjual produk alpha lipid atau menaja ahli baru dalam kumpulan kita, kita hendaklah mengingatinya dan mempelajari bahagian manakah yang menyebabkan kita berjaya. Gunakan bahagian itu pada proses penjualan dan penajaan berikutnya. Dengan mengingatinya kita akan bertambah semangat untuk melakukan jualan atau penajaan berikutnya.

KEGAGALAN HENDAKLAH DIPELAJARI DAN DILUPAKAN SAMA SEKALI.KEJAYAAN PULA HENDAKLAH DIPELAJARI DAN DIINGATI.