Rabu, 24 Jun 2009

Virus H1N1



SAAT INI SELURUH NEGARA DIKEJUTKAN DENGAN VIRUS H1N1. SEMEMANGNYA KITA SEMUA DAH TAHU, VIRUS H1N1 NI BEGITU BERBAHAYA DAN AMAT DITAKUTI DI SELURUH DUNIA TERMASUK NEGARA KITA MALAYSIA.



Jom kita baca antara petikan-petikan berita mengenai VIRUS H1N1 ni dan marilah sama-sama kita ambil iktibar dan langkah-langkah untuk menghindari virus berbahaya ini:-

KES 1.Virus H1N1 Kini Menular di Malaysia
Akhirnya selepas beberapa minggu selepas Malaysia bebas daripada wabak Influenza A atau nama lamanya selsema babi, kini penyakit itu sudah pun berjaya dikesan di Malaysia. Dua orang pelajar yang baru balik dari Newark telah disahkan positif dijangkiti penyakit berkenaan.Ini bermaksud Malaysia merupakan negara ASEAN pertama melaporkan wabak berkenaan.

Kedua-dua pelajar berkenaan kini dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh dan juga Hospital Pulau Pinang. Kedua-dua pelajar itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu. Mereka mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan mulai Khamis lalu. Peliknya takkan Kementerian Kesihatan tak dapat kesan mereka ni dijangkiti H1N1di lapangan terbang? Mungkinkah kawalan yang sedia ada masih belum mencukupi?

Kepada mereka yang pernah menumpang pesawat MH 091 dari Newark, US diminta segera menghubungi Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan seperti membuat pemeriksaan kesihatan. Semua penumpang dan anak kapal diminta menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 dengan kadar segera.

Adakah daging babi di Malaysia masih selamat? Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, tiada risiko mendapat jangkitan influenza A (H1N1) jika daging atau produk babi itu disediakan dan dimasak secara betul

Kementerian Kesihatan juga memberitahu semua pihak supaya tidak panik kerana wabak itu masih terkawal dan mereka telah pun mengkuarantin rumah kesemua keluarga pesakit-pesakit itu walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

P/S : Di Manila pula, pemeriksaan kesihatan ke atas semua penumpang kapal terbang telah pun diwajibkan. Ini termasuklah artis American Idol Season 7, David Cook dan David Archuleta yang berkunjung ke sana untuk menjayakan konsert mereka. Kedua-dua David ini pada mulanya telah terlepas saringan kesihatan di lapangan terbang ketika sampai di Manila. Pihak berkuasa telah menjejaki mereka sehingga ke hotel dan sekiranya mereka enggan berkerjasama, kedua-dua David itu boleh ditahan. Wow.. macam tu sekali.. tiada pengecualian untuk kes ini.
*petikan dari www.voy.com.my/archives/435

KES 2. 8 kes baru positif H1N1
Oleh ZABRY MOHAMAD dan MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Jun – Lapan kes positif influenza A (H1N1) baru dikesan hari ini - jumlah paling tinggi kes dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35 kes di negara ini.

Kesemua kes tersebut bukan kes penularan tempatan sebaliknya kes import membabitkan lima rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina dan Australia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, ia merupakan jumlah kes positif H1N1 paling tinggi dalam tempoh 24 jam sejak kes pertama dikesan 15 Mei lalu.

Menurutnya, sebanyak 23 daripada 35 kes yang disahkan positif masih dirawat di hospital-hospital rujukan.

“Lapan kes terbaru iaitu daripada kes ke-28 hingga ke-35 itu disahkan selepas menunjukkan gejala demam serta batuk dan kini diberikan rawatan antivirus serta dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, kes ke-28 merupakan pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 20 tahun, menaiki penerbangan MH 091 (tempat duduk 55H) dari Chicago dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, 15 Jun lalu.

Katanya, kes ke-29 ialah pelajar perempuan berusia 11 tahun, warganegara Thailand menaiki penerbangan MH 785 (tempat duduk 30E) bersama 43 orang yang lain, bagi perlawanan persahabatan sukan.

Tambah beliau, kes ke-30 pula wanita berusia 50 tahun, warganegara Australia datang ke Malaysia untuk bercuti menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 10G) dari Melbourne.

Menurutnya, kes ke-31 melibatkan wanita rakyat Malaysia berusia 58 tahun yang juga menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 22B) dari Australia bersama 11 ahli keluarga yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 7 pagi, 16 Jun lalu.

“Kes ke-32 wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun, bekerja di London sejak 2008 pulang ke tanah air menaiki penerbangan MH001 (tempat duduk 62D) tiba di KLIA pada pukul 5.30 petang, 15 Jun lalu,” katanya.

Mohd. Ismail berkata, kes ke-33 melibatkan perempuan berusia 15 tahun berada di Melbourne, Australia dari 27 Mei hingga 15 Jun lalu menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada pukul 7 pagi.

Menurutnya, kes ke-34 merupakan suri rumah warga Filipina berusia 30 tahun menaiki pesawat MH 705 (tempat duduk 20A) dari daerah Naguilian Quecun, Filipina pulang ke Malaysia pada 14 Jun, pukul 8 malam.

“Bagi kes terakhir melibatkan lelaki berusia 20 tahun mengikuti pengajian di Universiti Melbourne, Australia pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 43H) dan tiba di LCCT pada 15 Jun, pukul 7.15 pagi,” katanya.

Mohd. Ismail berkata, 10 kes positif H1N1 dirawat di Hospital Sungai Buloh manakala Hospital Kuala Lumpur (6); Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (3) dan masing-masing seorang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Tambahnya, sehingga hari ini, 115 pemberitahuan kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara dan dimasukkan ke wad pengasingan.

Beliau berkata, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan H1N1 adalah 1,092 kes dengan 35 kes disahkan positif, 987 negatif dan 70 masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Sehingga 9 malam tadi, mereka yang mempunyai hubungan dengan pesakit positif H1N1 masih diletakkan di bawah kuarantin di rumah berjumlah 202 orang termasuk 42 orang yang baru dikesan,” jelasnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, sehingga hari ini, jumlah terkumpul H1N1 yang dilaporkan adalah 40,089 kes dengan 167 kematian daripada 90 negara, iaitu pertambahan 286 kes.

Dua negara baru dikesan mempunyai kes wabak berkenaan adalah Papua New Guinea dan Surinam.

Lima negara yang melaporkan kes terbanyak adalah China (84 kes) termasuk Hong Kong dan Macau, Australia (81 kes), Filipina (33 kes), New Zealand (26 kes) dan Jepun (24 kes).

Sementara itu, pihak kementerian memohon kerjasama kesemua penumpang, anak kapal dan orang yang berhubungan dengan mereka kepada kes positif H1N1 terutama yang duduk di tiga barisan hadapan dan belakang menghubungi kementerian di talian 03-88810200 atau 03-88810300.

KES 3. H1N1: SRK Assunta 2 tutup seminggu
PENCEGAHAN... MURid-murid Sekolah Kebangsaan Assunta 2 di Petaling Jaya, Selangor memakai topeng mulut setelah seorang murid sekolah itu disahkan positif H1N1 oleh Kementerian Kesihatan, semalam. – Utusan/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 22 Jun – Selepas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson diarahkan ditutup semalam, hari ini Kementerian Kesihatan mengarahkan sebuah lagi sekolah ditutup disebabkan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2 diarahkan ditutup selama seminggu berikutan seorang daripada muridnya dijangkiti H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia berumur 11 tahun yang belajar di sekolah berkenaan dikenal pasti sebagai kes ke-58 di negara ini yang disahkan positif H1N1.

“Pelajar perempuan tersebut merupakan kes jangkitan tempatan ke-7. Dia ialah kontak kepada kes 43 dan mula mengalami demam, batuk serta sakit tekak mulai semalam sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Dia disahkan positif H1N1 pada hari ini. Kami mengambil keputusan menutup SRK Assunta 2 mulai semalam hingga 27 Jun ini bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit H1N1.

Tindakan tersebut diambil ekoran seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari sekolah tersebut disahkan positif H1N1.

Menurut Tiong Lai, pihaknya menyeru pelajar sekolah SRK Assunta 2 menjalani kuarantin di rumah dan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka serta pergi ke kelas tuisyen.

Beliau menambah, sebanyak lapan kes baru positif H1N1 termasuk kes pelajar SRK Assunta 2 telah dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan adalah sebanyak 58 kes.

Tiong Lai memberitahu, buat masa ini, sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan positif H1N1 masih dalam rawatan di hospital iaitu Hospital Sungai Buloh (22), Hospital Kuala Lumpur (7) dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3).

“Hospital lain ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2), dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (3). Kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya bagaimanapun tidak bercadang untuk menutup semua sekolah buat masa sekarang melainkan keadaan H1N1 di Malaysia berada dalam keadaan yang lebih membimbangkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kementerian itu juga mengeluarkan arahan penutupan satu kelas bermula hari ini kepada tiga lagi sekolah.

“Satu kelas di Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka di Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam dan Sekolah Menengah Damansara Utama di Petaling Jaya diarahkan tutup bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohd Ismail, ibu bapa kepada pelajar di sekolah-sekolah terbabit diminta memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam.

“Ibu bapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak di bawah kuarantin di rumah boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Bagaimanapun ibu bapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan positif hendaklah menjalani kuarantin di rumah seperti yang diarahkan oleh kementerian,” katanya.

KES 4(versi B.Inggeris). A (H1N1) flu: Malaysia confirms 6th case in student returned from US
# THE STAR;By ROYCE CHEAH and NG CHENG YEE
Published: Friday June 5, 2009 MYT 3:05:00 PM
Updated: Friday June 5, 2009 MYT 6:45:27 PM


KUALA LUMPUR: Malaysia confirmed its sixth case of Influenza A (H1N1) in a student who arrived here on June 3 from New York on flight MH091.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said that passengers and crew were being traced for home quarantine.

Liow urged all Malaysians to be vigilant and continue practising good hygeine in order to prevent an outbreak via local transmission.

"Everyone must understand their responsibility and take care of themselves.

“This is so there is no chance for the virus to spread locally."

Liow said the ministry would also be issuing pamphlets and putting up posters to remind the public on what precautions to take when going overseas.

He said that this included wearing a mask and washing hands regularly.

Liow also commended the quick action of passengers aboard MH091 who had responded to the ministry, noting that scans at the airports were not a foolproof way of detecting the virus.

"The symptoms may manifest itself later," he said at a press conference after a working visit to the National Heart Institute Friday.

Earlier in Putrajaya, Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said that a total of 61 people who came into contact with confirmed influenza A (H1N1) patients were undergoing home quarantine.

He said 35 of them were those who came into contact with the student who had travelled back from the United States on June 1 while 26 others had contact with the two German tourists infected with the virus.

The 23-year-old male student was on board Malaysia Airlines’ Flight MH091 while the other two were German tourists, aged 30 and 32, who travelled from Singapore on AirAsia’s flight AK702 on Wednesday.

Dr Ismail said the three were still undergoing treatment and in stable condition.

“There were 276 passengers and crew members on board MH091 and so far, 71 of them have been traced in Malaysia.

“Of the 78 passengers and crew members on board AK702, 20 of them have been found,” he said.

He said those from MH091 would be put under home quarantine until Monday while those from AK702 would be released on Wednesday.

Two people who came into contact with the influenza A patient in Hong Kong were released from home quarantine Friday. Dr Ismail said the tracking of other passengers was still ongoing and he appealed to those involved to contact the ministry at 03-8881 0200 or 03-8881 0300.

He said that on Thursday, the ministry received 22 notifications of those who experienced influenza A symptoms, with two being the German tourists.

“All these cases have been admitted to the isolation wards at five designated hospitals for treatment and investigation.

“Besides the two confirmed cases, 12 of them have been tested negative for the virus while eight others are still waiting for their test results,” he said.

On Thursday, Dr Ismail said 15,013 passengers from affected countries had been screened.

“A total of 10,859 of them were screened at air entry points, 2,140 at sea entry points and 2,014 at land entry points,” he said, adding that two cases were referred to hospital for further examination.



*************************************************************************************

JOM, MARILAH KITA AMALKAN MINUMAN SUSU ALPHA LIPID, UNTUK PERLINDUNGAN VIRUS H1N1

DALAM SITUASI VIRUS H1N1 YANG SEMAKIN MENULAR DI MALAYSIA, KITA SEHARUSNYA BERSEDIA MELINDUNGI DIRI SENDIRI, AHLI KELUARGA SERTA RAKAN TAULAN KITA. JADI APA SALAHNYA JIKA INILAH MASANYA UNTUK KITA MENGAMALKAN MINUMAN KESIHATAN SUSU ALPHA LIPID INI, IA SEBAGAI SALAH SATU LANGKAH KITA UNTUK MENGUATKAN ANTIBODI TUBUH KITA BAGI MELAWAN VIRUS BERBAHAYA INI DISAMPING SEBAGAI ORANG ISLAM BERDOA PADA YANG ESA UNTUK MELINDUNGI DAN MEMBERIKAN KESIHATAN TUBUH BADAN YANG SIHAT DAN DIJAUHKAN DARIPADA PENYAKIT BERBAHAYA TERSEBUT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan