Ahad, 18 Julai 2010

PENCURI DIKEHENDAKI POLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Harap para pembaca blog saya tidak terkejut dengan tajuk di atas yer....
Mesti anda semua pelik kan macam mana blog alpha lipid boleh berkait dengan pencuri pulak...hehe....

Sebenarnya saya sekadar ingin membantu seorang saudara kita yang rumahnya telah dipecah masuk oleh 2 orang pencuri tersebut. Iyalah hanya ini yang mampu saya tolong.

Ini kenyataan dari tuan rumah tersebut:-

kat bawah ni footage pencuri yg pecah masuk rumah aku kat Pandan Mewah hari rabu 14/7/2010 between 8pm-8:20 pm..
kalau ada sesaper yg stay area ampang/pandan mewah/pandan indah/tmn putra yg cam atau kenal salah seorang dari mereka ni.. tolong contact balai polis pandan indah 03-9274 2514 tq ya.






lagi kenyataan tuan rumah:-
Tadi aku view CCTV dgn management office.. Ada lagi footage 2 malaun neh yang lain.. Sebelum dan selepas kejadian.. Mcm mana aku tau ini keje dorang? Ada footage yg budak belakang tu naik tangga ke floor aku tangan kosong, turun dgn helmet itam aku, dgn backpack aku.. Apa ada dlm backpack tu? Barang2 kemas bini aku, 3 laptop,jam aku dgn satu set kunci umah.. Est 20K kerugian..


Bagi yang pernah melihat 2 lelaki di dalam gambar tersebut( wanita cina dlm gambar tu tiada kena mengena dengan kes kecurian ini ya), minta tolong anda dapat segera telefon balai polis pandan indah 03-9274 2514. Semoga dengan maklumat yang anda berikan dapat menolong saudara kita yang telah alami kerugian akibat kes kecurian tersebut.

Ok harap dengan memasukkan dlm blog ALPHA LIPID saya ni sedikit sebanyak dapat membantu pencuri ni dikesan dan ditangkap segera. Dan dapat juga anda semua berhati-hati dengan pencuri tersebut.

Sekian dari saya, Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan