Ahad, 14 Disember 2008

KOLOSTRUM-Pemakanan Sulung Alam Semulajadi
KESIHATAN ATAU PENYEMPUHAN?
Kita selalu melihat kesihatan kita di dalam salah satu dari dua cara:- Samada kita akan melabur pemikiran dan wang untuk membentuk kesihatan yang sempurna atau membelanjakan wang untuk penyembuhan badan apabila kita jatuh sakit.
Tepulang kepada sikap anda. Anda tidak boleh menikmati kehidupan mempelajari apa sahaja kaedah untuk anda mencapai kesihatan yang lebih sempurna ATAU sembuh lebih cepat jika anda jatuh sakit. Kita selalu mengingati kali terakhir kita jatuh sakit, tetapi mampukah anda mengingati kali terakhir anda betul-betul merasa sakit?
Hanya satu sebab kenapa penduduk dunia belum mengambil KOLOSTRUM setiap hari ; iaitu kerana baru-baru ini sahaja suatu syarikat terdahulu telah mengasaskan pengutipan Komersial KOLOSTRUM. Jadi, anda boleh memilikinya pada harga yang berpatutan. Juga, pengetahuan berkenaan KOLOSTRUM amat terhad.
ANDA SIHAT?
Terdapat pelbagai nasihat bagaimana anda menjadi atau mengekalkan kesihatan anda. Asas-asas senaman, diet sempurna dan mengurangkan stess adalah jelas tetapi kebanyakkan orang mempunyai kehidupan yang berstress, diet yang tidak sempurna, hidup di dalam persekitaran yang tercemar, memakan ubat-ubatan yang mempunyai kesan-kesan sampingan dan yang lebih utamanya, tubuh badan mereka terus menerus diserang patogen, yang menyebabkan anda jatuh sakit
PUSAT KESIHATAN ANDA
Saluran gastro- usus anda dianggap sebagai pusat kesihatan anda. Ia bermula dari mulut da berakhir pada anus (dubur) anda, namun bahagian utamnya adalah gut anda, daripada perut hingga dubur. Kesemua budaya zaman silam mempunyai pelbagai teknik, pemahaman dn amalan berfokus membantu penghadaman dan sekaligus membantu anda memiliki gut yang lebih efektif.
Adalah diketahui bahawa 80% dari penyakit bermula di dalam gut anda. Inilah tempohnya di mana kebanyakan patogen menyebabkan anda mudah jatuh sakit. Kesihatan dan ketahanan anda bermula daripada saluran gastro usus. Sekiranya anda ingin sentiasa sihat, anda mesti memiliki gut yang efektif dan seimbang.
TAJUK UTAMA ADALAH:
1. Apakah taraf kesihatan dinding gut anda? Ada kebocoran? Kerosakan sel? Ada keradangan? (ramai orang yang menderita akibat kerosakan dinding gut ,seringkali disebut sindrom bowel bocor. menyebabkan pelbagai masalah daripada kekurangan tenaga ke kekembungan dan masalah-masalah kesihatan yang lebih serius).
2. Adakah imunoglobulin dan fakta-fakta imun yang lain mencukupi? Ini adalah antibiotik semulajadi yang meneutralkan patogen yang menyebabkan anda jatuh sakit.
3. Adakah terdapat pembantu-pembantu penghadaman seperti bakteria yang bagus dan enzim-enzim penghadaman dalam kuantiti yang mencukupi?
SERANGAN PATOGEN
Kesihatan anda sentiasa diserang patogen. Patogen pembawa penyakit terdapat di mana-mana anda berada. Patogen adalah pelbagai jenis bakteria, virus, kulat dan fungus yang menyebabkan anda jatuh sakit. Anda terdedah kepada berbilion-bilion patogen setiap hari kehidupan moden yang dipenuhi tekanan melemahkan sistem pertahanan kita, jadi tidak hairanlah jika kita sentiasa jatuh sakit.
Patogen memasuki saluran usus melalui hidung, mulut, air liur anda dan makanan-minuman yang anda ambil. Sebaik sahaja di dalam usus supaya ia boleh hidup dan membiak, ia bergerak dan melekat ke dinding usus. Ia mula membiak dan menyebabkan penyakit dengan kehadiran begitu banyak patogen di dalam usus anda, tidak hairanlah usus anda menjadi fokus utama aktiviti sistem imun anda. Ia dipenuhi antibodi (imunoglobulin) dan faktor-faktor imun yang lain untuk melawan penyakit
FAKTOR IMUN MELAWAN PATOGEN!
Sebaik sahaja patogen memasuki usus, antibodi akan mengelilinginya dan melekat pada permukaannya, jadi ia tidak dapat melekat pada dinding usus dan tidak menyebabkan anda sakit. Tetapi, ia hanya melintasi sistem dan dikumuhkan daripada badan. Lebih banyak antibodi semulajadi yang anda miliki, lebih kuat sistem imun anda
IMUNISASI SEMULAJADI
Satu `keaijaiban' sistem imun kita ialah ia mengingati semua patogen yang telah didedahkan kepada kita. Jadi, apabila anda terdedah kepada patogen yang sama, sistem imun anda ` mengingatinya` , dan segera menghasilkan antibodi untuk melawannya. Ini adalah konsep penvaksinan atau imunisasi anak-anak untuk mengenalpasti patogen, supaya antibodi dapat terhasil sebelum anak-anak terdedah kepada penyakit tersebut
SISTEM IMUN ANDA
Sistem imun anda bekerja melawan penyakit sebelum mereka `menawan` tubuh badan anda dan menyebabkan anda jatuh sakit. Ia adalah begitu kompleks dan terbentuk daripada bertrillion-trillion sel, bertugas 24 jam sehari melindungi anda daripada penyakit. Imuniti anda bermula daripada usus anda
ANTIBIOTIK KIMIA
Penyelesaian rawatan perubatan untuk membunuh patogen ialah antibiotik farmaseutikal. sejak pengenalan penisilin pada tahun 1940, antibiotik telah diiktiraf sebagai jawapan kepada segala jenis penyakit kita - tetapi ini adalah tidak benar. Perlu diketahui:-
* Antibiotik hanya membunuh sesetengah jenis bakteria. Ia tidak berkesan ke atas virus atau pelbagai patogen yang lain.
* Antibiotik kebiasaannya membunuh bakteria yang baik dan yang buruh di dalam gH kita.
* Tahap bakteria menjadi kebal (imun) terhadap antibiotik amat merisaukan sehingga Pusat Kawalan Penyakit mengeluarkan kenyataan `Resident/Ketahanan Antibiotik adalah masalah utama yang melanda bangsa manusia sejagat.
Demi tujuan ini dan banyak lagi, bilangan manusia yang mencari-cari cara mengekalkan kesihatan secara semulajadi dan asli semakin bertambah. Seperti kebanyakan orang, anda mungkin memerlukan satu ledakan imun. Tetapi, di manakah anda boleh memperolehi imun yang selamat dan asli? Cuma satu sahaja penyelesaian semulajadi. Penyelesaian itu adalah KOLOSTRUM - sumber terunggul antibodi asli alam semulajadi
APA ITU KOLOSTRUM?
Kolostrum adalah `makanan sulung alam semulaji`. Ia adalah cecair pro-susu yang diberikan oleh kesemua manusia kepada anak yang baru lalui beberapa hari selepas ia dilahirkan. Ia adalah campuran kompleks faktor-faktor utama imun dan pertumbuhan yang diperlu bayi untuk memeliharanya terhadap penyakit yang bakal ia akan terdedah dan juga untuknya tumbesar dengan sihat dan kuat.
Kolostrum adalah sumber semulajadi Faktor-faktor imun dan pertumbuhan
SEMEMANGNYA BAGUS UNTUK BAYI DAN JUGA ANDA
Sejak beberapa abad yang lalu penggunaan kolostrum daripada haiwan telah diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak masyarakat di India telah menggunakannya secara tradisional selama beribu-ribu tahun
Di Sweden ia digelar `calf-danse`- membawa makna pembekal nyawa anak lembu yang baru lahir!! Ia disajikan sebagai puding kepada kanak-kanak mereka yang uzur dan dewasa. [Ini adalah golongan masyarakat yang mempunyai sistem imun yang paling lemah dan yang memerlukan faktor pertumbuhan!] Sejak kebelakangan ini pelbagai penyelidikan klinikal telah mengesahkan nilainya kepada golongan dewasa dan kanak-kanak
Bayi-bayi manusia memperolehi imuniti di dalam rahim sebelum dilahirkan, menerima faktor-faktor imun melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan membekalkan pemeliharaan tambahan, ini adalah sebabnya bayi-bayi yang diberi susu badan adalah lebih sihat daripada yang diberi susu botol.
Lembu-lembu perlu membekalkan KESEMUA faktor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum kepada anak-anak lembu kerana ia tidak menerimanya di dalam rahim. Jadi, tidak hairanlah kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih faktor imun daripada kolostrum manusia.
Dan oleh kerana kolostrum adalah bukan spesifik, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia yang lain, termasuk manusia.
KOLOSTRUM SISTEM PERTAHANAN SEMULAJADI
Kenapa anda perlu mengambil kolostrum setiap hari; Sekiranya anda inginkan tubuh anda yang sihat, anda perlu tahu bahawa kolostrum
# Adalah sumber semulajadi antibodi yang terbaik untuk membunuh atau meneutralkan patogen yang menyebabkan anda sakit.
#Mempunyai kandungan faktor-faktor pertumbuhan semulajadi terulung untuk menyembuh dan memelihara dinding usus anda.
#Adalah sumber semulajadi faktor-faktor imun lain yang tidak ternilai keistimewaanya bersama-sama membantu (simbiotik) produk-produk lain untuk meledakkan sistem imun anda dan menyebabkan anda kekal sihat
Hanya Kolostrum adalah produk alam semulajadi yang direka khas untuk sistem imun dan pertumbuhan mamalia.
PILIHAN (OPSYEN) IMUN
Kita berbelanja berbillion-billion ringgit terhadap produk `peledakan imun`. Sejak kebelankangan ini, jumlah produk ini telah meningkat. Apakah yang anda ambil untuk meledakkan sistem imun anda?
Tiada apa-apa? Seperti kebanyakan orang, anda juga mengabaikan fakta-fakta tentang kesan pencemaran, stres dan mikrobia.
Ada?Sebilangan kecil daripada kita mengambil tindakan. Mereka membeli produk-produk seperti multi vitamin, herba, propolis dan zink. Ini adalah tindakan merangsang sistem imun anda secara tak semulajadi.
Anda digalakkan terus mengambil produk-produk ini TETAPI anda kini mengetahui ia tidak mengandungi antibodi-antibodi terhadap metabolisma yang menyebabkan anda jatuh sakit, tidak membekalkan fakta-fakta imun dan tidak berupaya menyembuh sakit anda. Ia tidak direka semulajadi untuk meledakkan imun anda. Ia hanyalah penyelesaian terbaik sehingga kami memperolehi kaedah secara berkesan menghasilkan kolostrum: Hanya satu sahaja produk semulagi untuk sistem gastro-imun anda.
LETUPAN KOLOSTRUM!
Jika sekiranya kolostrum amat penting, kenapa tidak kesemua orang mengambilnya setiap hari? Suatu persoalan yang logik dan jawapannya juga amat mudah. Kolostrum telah digunakan sejak berabad-abad, tetapi di dalam kuantiti yang kecil. Beberapa ekor lembu menghasilkan hanya cukup kolostrum secara komersial hanya untuk membuat satu atau dua puding sahaja. Pengumpulan kolostrum secara hanya diterokai pada tahun 1990an.
SUSU IMUN
Penghasilan produk imun pertama secara besar-besaran adalah `susu imun` daripada lembu-lembu yang telah divaksinkan oleh mikrobia-mikrobia terpilih, jadi sistem imun lembu berupaya menghasilkan antibodi-antibodi secara semulajadi di dalam susu. Ini adalah kaedah yang mahal dan tidak asli, tetapi ia dapat menghasilkan suatu produk imun yang unik
PENGASAS NEW ZEALAND
Di masa-masa lampau beribu-ribu ton kolostrum yang berlebihan yang dihasilkan oleh lembu-lembu seringkali diberikan kepada mamalia-mamalia yang lain atau dibuang sahaja. Adalah menghairankan untuk membuang sahaja produk kesihatan semulajadi terulung ini, tetapi penyediaan sistem pengumpulan komersial kolostrum adalah terlalu mahal. Di dalam tahun 1990an, industri tenusu New Zealand menerokai sistem pengumpulan kolostrum secara komersial buat pertama kalinya. Beratus-ratus peladang tenusu, dengan melebihi 400 ekor lembu melabur di dalam tangki pengumpulan keluli tanpa karat (stainless steel) individu dan syarikat-syarikat ini telah mengasaskan cara-cara mengumpul, mempasteurisasi, mengering dan menyimpan kolostrum di dalam kuantiti-kuantiti yang besar. Dengan bekalan yang mencukupi, suatu syarikat kesihatan New Zealand, dipanggil ` New Image International` telah mereka produk daripada `bacth` pertama, yang telah dinamakan LIFELINE TM. Dengan pengasasan bekalan dan permintaan makin meledak, kolostrum ditakdirkan untuk menjadi produk kesihatan yang paling pesat di dalam dunia.
BAGAIMANAKAH KOLOSTRUM DIHASILKAN?
Sebaik sahaja lembu melahirkan anak, ia menghasilkan secara tepatnya 30 liter kolostrum di dalam tempoh 72 jam. 5 liter yang pertama diberikan kepada anak lembu, baki 25 liter yang berlebihan dikumpul untuk kegunaan manusia. 5 liter yang pertama bukan sahaja penting untuk anak-anak lembu, ia juga mengandungi kandungan tinggi darah, nanah dan lain-lain dan dianggap tidak sesuai utk kegunaan manusia. Baki kolostrum dikumpulkan. Ia dikeringkan dan di`flash-pasteur` pada 72 C selama 15 saat mencukupi untuk membunuh mikrobia, tetapi tidak cukup lama untuk merosakkan elemen-elemen bioaktif. Kemudian, produk ini dikeringkan pada haba yang rendah (utk.mengekalkan bioaktiviti) menghasilkan suatu serbuk putih. Proses pengeringan pada haba yang rendah ini, diasakan di New Zealand dan menghasilkan kehilangan bioaktiviti kurang daripada 3%. Ia kemudian dikeluarkan di dalam bentuk kapsul tablet dan minuman-minuman serbuk
YANG SEGAR, YANG TERBAIK
Pernahkah anda melihat susu yang dibekukan? Bahagian-bahagian susu akan berpisah kerana struktur susu telah dimusnahkan. Perkara yang sama mungkin boleh terjadi kepada kolostrum. Di New Zealand, kesemua anak-anak lembu dilahirkan pada waktu yang sama setiap tahun, jadi kolostrum dikutip secara segar dan terus diproses. Di kebanyakan negara yang lain, anak-anak lembu dilahirkan sepanjang masa dalam setahun, jadi kolostrum mesti dibekukan sebelum ia diproses. Kolostrum segar diproses dipercayai jauh lebih berkesan.
KANDUNGAN ISTIMEWA
Imunogobulin-imunoglobulin utama yang berfungsi sebagai antibodi adalah lgG, lgA,lgM.Turut hadir di dalam kolostrum lembu dan cecair biologi yang lain adalah lgE dab lgD: meskipun di dalam amaun yang kecil. Kesemua imunoglobulin ini berfungsi secara sinergistik, saling membantu satu sama lain di dalam tugas memburu, melawan dan menghapuskan mikrobia patogenik yang menyerang tubuh badan. Komposisi imunoglobulin di dalam kolostrum lembu adalah secara jitunya 70-80% lgG, 10-15% lgA, 10-15% lgM, semnetara amaun lgE dan lgD bolehlah diabaikan. Fungsi-fungsi imunoglobulin-imunoglobulin (antibodi-antibodi) ini adalah seperti berikut :-
Imunoglobulin lembu sekali lagi adalah suatu kumpulan molekul-molekul bioaktif yang bekerjasama untuk melawan penyakit. Imunoglobulin G (lgG) adalah ahli sistem pertahanan yang perkasa ini. Sehingga kini sukatan lgG telah digunakan sebagai petanda untuk menentukan kekuatan keseluruhan sistem pertahanan imun. Fakta yang menunjukkan bahawa lgG hanya membentuk 70% daripada keseluruhan jumlah imunoglobulin yang hadir di dalam kolostrum perlu diberi perhatian
lgG - imunoglobulin dominan di dalam susu kolostrum lembu - fungsi utama adalah mengenalpasti dan membantu menghapuskan mikrobia patogen yang menyerang.
lgA - imunoglobulin dominan, juga didapati di dalam susu ibu dan kolostrum lembu - fungsi utama sebagai sistem sebagai sistem pertahanan pertama badan - melindungi permukaan mukosa dan menghalang pelekatan patogen.
lgM - fungsi utamanya ialah untuk melawan - meningkatkan fagositosis (penelanan dan penghadaman bakteria) oleh itu, menghancurkan patogen yang menyerang.
lgE - terlibat di dalam reaksi alergik - terlibat bersama reaksi alergi yang berkait dengan histamin.Terlibat di dalam pertahanan aktif terhadap parasit enterik.
lgD - merangsang limfosit menghasilkan antibodi-antibodi
NOTA -perlu diberi perhatian tentang kestabilan antibodi-antibodi di dalam saluran penghadaman. Di dalam suatu kajian yang menentukan kestabilan imunoglobulin lembu terhadap penghadaman proteolitik, telah didapati bahawa tindakan spesifik antibodi-antibodi di dalam saluran gastro usus tidak terganggu dan aktiviti-aktiviti biologi di dapati dikekalkan. Disamping antibodi-antibodi kolostrum turut mengandungi pelbagai bahan-bahan lain untuk membantu mempromosi kesihatan dari segi pertumbuhan, pematangan dan perkembangan. Ini termasuk faktor-faktor pertumbuhan dan faktor-faktor imun.
Faktor-faktor ini berfungsi di dalam pertumbuhan, perkembangan dan pematangan sel-sel, organ-organ, deria-deria, otot-otot dan tisu-tisu. Faktor pertumbuhan turut terlihat did alam proses penyembuhan dan pemulihan. Faktor-faktor imun termasuk Laktoferrin, Transferrin, Cytonines, Lysozyme, Lactoperoxidase dan Transfer Factor. Faktor-faktor ini mempunyai pelbagai tindakan, termasuk membantu tindakan antibodi-antibodi dan mengawal tindakan sistem imun.
Nota-nota lain:
2. Kesan Sampingan - Tiada sebarang kesan sampingan yang dikaitkan dengan kolostrum.
3. Bukan kesemua kolostrum itu sama.Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti produk kolostrum. Kolostrum yang terbaik adalah yang diperolehi daripada lembu-lembu yang dibiarkan di persekitaran luar dan diberi makan berpasteur. Di persekitaran luar, lembu-lembu lebih terdedah kepada persekitaran mikrobia berbanding dengan lembu-lembu yang dilindungi daripada persekitaran luar (beberapa bahagian Eropah) dan justeru itu menghasilkan antibodi semulajadi, yang lebih banyak.
Seterusnya disalurkan kepada kolostrun mereka. New Zealand barangkali memiliki keadaan terbaik untuk penghasilan kolostrum oleh kerana cuacanya yang sederhana dan kawanan lembu diberi makan berpasterur di persekitaran luar seluruh tahun. Kawanan lembu ini bebas daripada penyakit seperti BSE dan kuku dan mulut, serta bebas daripada racun-racun seranggan, antibiotik-antibiotik dan hormon-hormon
BAGAIMANA KITA MEMPERBAIKI KOLOSTRUM?
Kami percaya, adalah mustahil secara saintifik untuk menghasilkan produk imun yang lebih hebat daripada kolostrum.Ini adalah hasil produk semulajadi untuk tubuh badan anda. Kita belum lagi memahami sepenuhnya sistem imum badan kita, atau bagaimana kesemua kandungan berlainan di dalam kolostrum berfungsi.Hanya suatu cara yang boleh kita memperbaiki kolostrum,iaitu mempertingkatkan sistem penghantaran kolostrum ke dalam badan, terutamanya di dalam usus.
100% Lebih Berkesan. New Image telah mencipta ALPHA LIPID TM-Formula eksklusif lipid berpaten yang meningkatkan keterlarutan kolostrum.Lebih terlarut, lebih efektif tindakannya. ALPHA LIPID dihasilkan daripada produk tenusu yang diestrak daripada lipid susu(sejenis lemak susu), kedua-duanya adalah semulajadi kepada kolostrum,justeru itu, tidak merosakkan kandungan aktif yang sensitif Fosfolipid dan sphingomyelin membantu `menguraikan` kolostrum di dalam usus dan telah diperhatikan meningkatkan keterlarutan sehingga 100%. Di samping membantu kolostrum menjadi lebih efektif, kandungan-kandungan tenusu unik ini turut mempunyai kesan positif ke atas hati, usus, dan fungsi otak. Fosfolipid adalah sejenis lipid spesifik yang didapati secara ekseklusif di dalam membran sel dan di dalam fraksi lipoprotein plasma. Fungsi utamanya adalah sebagai struktur-struktur elemen dan adalah mustahak untuk pertumbuhan, permatangan dan fungsi-fungsi sel di dalam badan secara sempurna. 80% daripada otak anda dibentuk oleh sphingomyelin.
PROBIOTIK
Fungsi utama sistem penghadaman adalah untuk membekalkan makanan di dalam bentuk yang dapat digunakan untuk tenaga, pertumbuhan dan pengekalan struktur. Penghadaman terakhir berlaku di dalam usus dibantu oleh berbillion-billion mikroorganisma (bakteria probiotik). Makanan dimetabolismekan dan diserap melalui dinding usus ke dalam badan. Adalah disyorkan supaya orang dewasa perlu kerap menambah diet mereka dengan bakteria probiotik yang utama, iaitu Lactobacillus acidophilus. Inilah sebabnya probiotik ini ditambah kedalam ALPHA LIPID LIFE LINE an seharusnya diamalkan setiap hari.
Kesihatan dan penyakit bermula di usus- suatu keseimbngan kritikal antara bakteria yang bagus dan buruk amatlah penting..
Keseimbangan ini dipengaruhi oleh perubahan di dalam diet, status kesihatan, usia, status imun, stress dan juga ubat. Kesan-kesan ketidakseimbangan ini boleh dilihat daripada ketidakselesaan hinggalah yang lebih serius, seperti Irritable Bowel Syndrome' malah Kanser!
# kesihatan usus. Penyelidikan-penyelidikan ulung telah menunjukkan peranan positif probiotik di dalam rawatan pelbagai jenis cirit-irit, termasuk cirit-birit yang berkait dengan penggunaan antibiotik, cirit-birit pengembara dab cirit-birit rotavirus di kalangan kanak-kanak. Probiotik juga mengekalkan integriti usus dan mengawal kesan-kesan penyakit keradangan bowel (inflammatory bowel disease); termasuk , Irritable bowel syndrome, kolitis dan penyakit hati akibat alkohol. Sebagai tambahan, laktid asid berupaya membaiki mobiliti usus dan melegakan sembelit terutamanya di kalangan golongan tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan