Ahad, 14 Disember 2008

KOLOSTRUM-Pemakanan Sulung Alam Semulajadi

KESIHATAN ATAU PENYEMPUHAN?
Kita selalu melihat kesihatan kita di dalam salah satu dari dua cara:- Samada kita akan melabur pemikiran dan wang untuk membentuk kesihatan yang sempurna atau membelanjakan wang untuk penyembuhan badan apabila kita jatuh sakit.

Tepulang kepada sikap anda. Anda tidak boleh menikmati kehidupan mempelajari apa sahaja kaedah untuk anda mencapai kesihatan yang lebih sempurna ATAU sembuh lebih cepat jika anda jatuh sakit. Kita selalu mengingati kali terakhir kita jatuh sakit, tetapi mampukah anda mengingati kali terakhir anda betul-betul merasa sakit?

Hanya satu sebab kenapa penduduk dunia belum mengambil KOLOSTRUM setiap hari ; iaitu kerana baru-baru ini sahaja suatu syarikat terdahulu telah mengasaskan pengutipan Komersial KOLOSTRUM.Jadi, anda boleh memilikinya pada harga yang berpatutan. Juga, pengetahuan berkenaan KOLOSTRUM amat terhad.

ANDA SIHAT?
Terdapat pelbagai nasihat bagaimana anda menjadi atau mengekalkan kesihatan anda. Asas-asas senaman, diet sempurna dan mengurangkan stess adalah jelas tetapi kebanyakkan orang mempunyai kehidupan yang berstress, diet yang tidak sempurna, hidup di dalam persekitaran yang tercemar, memakan ubat-ubatan yang mempunyai kesan-kesan sampingan dan yang lebih utamanya, tubuh badan mereka terus menerus diserang patogen, yang menyebabkan anda jatuh sakit


PUSAT KESIHATAN ANDA Saluran gastro- usus anda dianggap sebagai pusat kesihatan anda. Ia bermula dari mulut da berakhir pada anus (dubur) anda, namun bahagian utamnya adalah gut anda, daripada perut hingga dubur. Kesemua budaya zaman silam mempunyai pelbagai teknik, pemahaman dn amalan berfokus membantu penghadaman dan sekaligus membantu anda memiliki gut yang lebih efektif.


Adalah diketahui bahawa 80% dari penyakit bermula di dalam gut anda. Inilah tempohnya di mana kebanyakan patogen menyebabkan anda mudah jatuh sakit. Kesihatan dan ketahanan anda bermula daripada saluran gastro usus. Sekiranya anda ingin sentiasa sihat, anda mesti memiliki gut yang efektif dan seimbang.


TAJUK UTAMA ADALAH:

1. Apakah taraf kesihatan dinding gut anda? Ada kebocoran? Kerosakan sel? Ada keradangan? (ramai orang yang menderita akibat kerosakan dinding gut ,seringkali disebut sindrom bowel bocor. menyebabkan pelbagai masalah daripada kekurangan tenaga ke kekembungan dan masalah-masalah kesihatan yang lebih serius).

2. Adakah imunoglobulin dan fakta-fakta imun yang lain mencukupi? Ini adalah antibiotik semulajadi yang meneutralkan patogen yang menyebabkan anda jatuh sakit.

3. Adakah terdapat pembantu-pembantu penghadaman seperti bakteria yang bagus dan enzim-enzim penghadaman dalam kuantiti yang mencukupi?


SERANGAN PATOGEN

Kesihatan anda sentiasa diserang patogen. Patogen pembawa penyakit terdapat di mana-mana anda berada. Patogen adalah pelbagai jenis bakteria, virus, kulat dan fungus yang menyebabkan anda jatuh sakit. Anda terdedah kepada berbilion-bilion patogen setiap hari kehidupan moden yang dipenuhi tekanan melemahkan sistem pertahanan kita, jadi tidak hairanlah jika kita sentiasa jatuh sakit.


Patogen memasuki saluran usus melalui hidung, mulut, air liur anda dan makanan-minuman yang anda ambil. Sebaik sahaja di dalam usus supaya ia boleh hidup dan membiak, ia bergerak dan melekat ke dinding usus. Ia mula membiak dan menyebabkan penyakit dengan kehadiran begitu banyak patogen di dalam usus anda, tidak hairanlah usus anda menjadi fokus utama aktiviti sistem imun anda. Ia dipenuhi antibodi (imunoglobulin) dan faktor-faktor imun yang lain untuk melawan penyakit .


FAKTOR IMUN MELAWAN PATOGEN!

Sebaik sahaja patogen memasuki usus, antibodi akan mengelilinginya dan melekat pada permukaannya, jadi ia tidak dapat melekat pada dinding usus dan tidak menyebabkan anda sakit. Tetapi, ia hanya melintasi sistem dan dikumuhkan daripada badan. Lebih banyak antibodi semulajadi yang anda miliki, lebih kuat sistem imun anda


IMUNISASI SEMULAJADI

Satu `keaijaiban' sistem imun kita ialah ia mengingati semua patogen yang telah didedahkan kepada kita. Jadi, apabila anda terdedah kepada patogen yang sama, sistem imun anda ` mengingatinya` , dan segera menghasilkan antibodi untuk melawannya. Ini adalah konsep penvaksinan atau imunisasi anak-anak untuk mengenalpasti patogen, supaya antibodi dapat terhasil sebelum anak-anak terdedah kepada penyakit tersebut


SISTEM IMUN ANDA

Sistem imun anda bekerja melawan penyakit sebelum mereka `menawan` tubuh badan anda dan menyebabkan anda jatuh sakit. Ia adalah begitu kompleks dan terbentuk daripada bertrillion-trillion sel, bertugas 24 jam sehari melindungi anda daripada penyakit. Imuniti anda bermula daripada usus anda


ANTIBIOTIK KIMIA

Penyelesaian rawatan perubatan untuk membunuh patogen ialah antibiotik farmaseutikal. sejak pengenalan penisilin pada tahun 1940, antibiotik telah diiktiraf sebagai jawapan kepada segala jenis penyakit kita - tetapi ini adalah tidak benar.


Perlu diketahui:-

* Antibiotik hanya membunuh sesetengah jenis bakteria. Ia tidak berkesan ke atas virus atau pelbagai patogen yang lain.


* Antibiotik kebiasaannya membunuh bakteria yang baik dan yang buruh di dalam gH kita


* Tahap bakteria menjadi kebal (imun) terhadap antibiotik amat merisaukan sehingga Pusat Kawalan Penyakit mengeluarkan kenyataan `Resident/Ketahanan Antibiotik adalah masalah utama yang melanda bangsa manusia sejagat.


Demi tujuan ini dan banyak lagi, bilangan manusia yang mencari-cari cara mengekalkan kesihatan secara semulajadi dan asli semakin bertambah. Seperti kebanyakan orang, anda mungkin memerlukan satu ledakan imun. Tetapi, di manakah anda boleh memperolehi imun yang selamat dan asli? Cuma satu sahaja penyelesaian semulajadi. Penyelesaian itu adalah KOLOSTRUM - sumber terunggul antibodi asli alam semulajadi


APA ITU KOLOSTRUM?

Kolostrum adalah `makanan sulung alam semulaji`. Ia adalah cecair pro-susu yang diberikan oleh kesemua manusia kepada anak yang baru lalui beberapa hari selepas ia dilahirkan. Ia adalah campuran kompleks faktor-faktor utama imun dan pertumbuhan yang diperlu bayi untuk memeliharanya terhadap penyakit yang bakal ia akan terdedah dan juga untuknya tumbesar dengan sihat dan kuat.

Kolostrum adalah sumber semulajadi Faktor-faktor imun dan pertumbuhan

SEMEMANGNYA BAGUS UNTUK BAYI DAN JUGA ANDA

Sejak beberapa abad yang lalu penggunaan kolostrum daripada haiwan telah diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak masyarakat di India telah menggunakannya secara tradisional selama beribu-ribu tahun

Di Sweden ia digelar `calf-danse`- membawa makna pembekal nyawa anak lembu yang baru lahir!! Ia disajikan sebagai puding kepada kanak-kanak mereka yang uzur dan dewasa. [Ini adalah golongan masyarakat yang mempunyai sistem imun yang paling lemah dan yang memerlukan faktor pertumbuhan!] Sejak kebelakangan ini pelbagai penyelidikan klinikal telah mengesahkan nilainya kepada golongan dewasa dan kanak-kanak

Bayi-bayi manusia memperolehi imuniti di dalam rahim sebelum dilahirkan, menerima faktor-faktor imun melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan membekalkan pemeliharaan tambahan, ini adalah sebabnya bayi-bayi yang diberi susu badan adalah lebih sihat daripada yang diberi susu botol.

Lembu-lembu perlu membekalkan KESEMUA faktor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum kepada anak-anak lembu kerana ia tidak menerimanya di dalam rahim. Jadi, tidak hairanlah kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih faktor imun daripada kolostrum manusia. Dan oleh kerana kolostrum adalah bukan spesifik, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia yang lain, termasuk manusia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan