Jumaat, 23 Oktober 2009

CORETAN, YANG PERGI TAKKAN KEMBALI

Assalamualaikum semua, maaf lama tak update blog saya ni.Sibuk sikit.

Namun dalam kesibukan menjalankan bisnes alpha lipid dan menjalani kehidupan seharian, tanggal 21hb.Oktober 2009 saya mendapat berita sedih dari kampung saya. Iaitu Tokwan yang saya sayangi telah pergi menyahut seruan Ilahi buat selamanya. Saya begitu terkejut dan tergamam kerana langsung tak menyangka yang arwah Tokwan dah takde. Macam tak percaya, sebabnya arwah Tokwan sihat saja sebelum ni, cuma kadangkala adalah sakit sikit-sikit saja.

Arwah Tokwan saya ni, seorang yang kelakar dan begitu disenangi oleh orang disekelilingnya. Memang kami ahli keluarganya, saudara-mara serta rakan taulannya begitu terkejut dengan pemergian arwah Tokwan saya ni.Semasa beliau masih hidup beliau suka buat orang yang berbual dengannya ketawa dan terhibur.Sekiranya saya dan keluarga balik kampung rumah mak saya, beliaulah yang mula-mula sekali akan datang untuk menjenguk dan bertanya khabar kami sekeluarga dan bermain dengan anak-anak saya (cicit-cicitnya).

Pemergian arwah Tokwan pun begitu cepat, apa taknya pada 21.10.09(Rabu), saya diberitahu beliau mengadu sakit dada pada jam 2.30ptg. Dan beliau dibawa ke hospital utk pemeriksaan. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan beliau ada masalah jantung dan darah tinggi(memang selama ni beliau ada darah tinggi, tapi tak kritikan,dalam keaadan terjaga).Namun sungguh tak sangka beliau juga ada masalah jantung...Selepas itu beliau dimasukkan wad, tapi saudara saya beritau beliau masih lagi nampak sihat dan masih boleh berbual mesra dan ketawa. Dalam jam 5.00 petang rasanya(21.10.09-Rabu), beliau sudah tiada lagi, pergi selama-lamanya meninggalkan kami semua yang sebenarnya masih memerlukan kasih sayang beliau lagi....

Namun, ini semua kuasa ALLAH, kita semua pun pasti akan pergi menyahut seruanNYa jua nanti. Walaupun saya sekeluarga bergegas balik kampung untuk menatap wajahnya yang terakhir, apakan daya, saya sekeluarga tak sempat nak melihatnya.Dengan ini saya ingin mohon dari anda semua, pembaca blog saya yang budiman marilah sama-sama kita sedekahkan surah AL-FATIHAH buat arwah Tokwan saya(HAJI HAMID BIN SAAD).Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh disisiNYA amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan